Tuesday 30 July 2013

Sup Tulang


Assalamualaikum :’)

Lama tak hapdet bukan tak masak tapi penyakit “M” datang dia tak bagi online gamaknya muahahaha . puasa pun saya senyap ekekek kat fb ade la up gambar2 bagai kat blog maap ye. Nak on kat office pun tak boleh . busy bebeno le teman ni ekekekeke sabo jelah kan… resepi kali ni pun saya masak sebelum puasa.

Cakap pasal puasa macam mana korg puasa tahun ni seronottt ? saya bulan puasa ni lepas balik kerja terus terbang g umah mak saya . tolong dia berniaga di bazar ramadhan… tu pun kalau suami shift malam . yelah kalau saya balik umah, berbuka sesorg . sadis ! kalau suami shift pagi saya balik2 terus bersilat kat dapur tak sempat nk mandi dulu ke hape. Pic pun tak sempat la nk hambek kan kang kene bahan lak ngn suami haha. Lagi pun siap masak dah pkl 7.15pm hoiiii haha. Nak beli kat bazaar rasanya suami saya suka home cook katenyeeee. Tapi ada la sesekali g bazar tu suami kata nk beli sup daging . sampai rumah saya hidang dagingnye lahaiiiiii lemak aje yang Nampak.

Jadi kesimpulannya saya nak share sup tulang yang berbaloi2 ehehehe resepi ni pun saya gugel aje mihmihmih! Kejadiannya ? Alhamdulillah sedap. Sup nya yang ringan , panas dan pedas bila dihirup mmg umpphh la :p 






Bahan - bahan


● setengah kg tulang lembu (saya guna tulang rusuk)
● 4 biji bawang merah  *
● 2 ulas bawang putih  *  
● 2 in halia diketuk*
● sehiris lengkuas*
● 10 biji cili padi*
● 3 sudu besar rempah sup serbuk
● 1 1/2 sudu besar lada hitam ditumbuk *
● 3 biji ubi
● 1 biji lobak merah
● garam dan gula secukup rasa
● air secukupnya
● bawang goreng dan daun sup

Tumbuk bahan bertanda *

Bahan penumis :

5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang


Cara-cara :

1) Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah         sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

2) Ceduk keluar bahagian berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibahggian atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..

3) Tumis bahan yang ditumbuk sehingga pecah minyak dan masukkan rempah sup serbuk yang dibancuh dengan sedikit air. Sentiasa kacau hingga rempah betul2 masak.

4) tuang bahan yang ditumis kedalam air rebusan daging dan masukkan lobak merah dan ubi kentang. Masak hingga kentang empuk Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi.

5) masukkan garam dan sedikit gula mengikut cita rasa masing2.

Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.