Thursday 2 April 2015

pengalaman pertama kene seluk T_T

Assalamualaikum....

hai korang hari ni usia kandungan aku dah masuk 40minggu 4hari. ye aku dah overdue 4hari. aku dah pujuk baby soh keluar sian kat ibu nanti kne induce org cakap sakit pastu aku stress pulak orang dok tanya dah beranak ke belom. haih. hari ni aku last checkup kat PPUM. malam tadi macam dah set dalam kepala esok kalau kene tahan wad aku pasrah. mcm biasa sampai ambek no, bayar, check air kencing timbang berat tu semua. berat naik sekilo dalam masa sebulan. lepastu tunggu no dipanggil untuk jumpa doc. perghhh lama gila weh tunggu... aku tunggu dari pkl 10.30 pkl 1kot bru no giliran aku sampai aduiiii sakitnya tuh disiniiiii -.-!

dalam bilik tu doc tanya itu ini pastu dia soh aku baring aku ingt nk dengar heart beat baby je sekali dia soh bukak panties then aku pun ha?!!! ya allah masa tu aku macam nak lari je dari bilik tu pastu aku ckp doc sy malu lah. doc tu dengan sorang nurse tu ckp ish nk malu apa sy dah tgk beribu2 dah. dah lupa yang mana satu dah. ok fine pastu dia soh kang kang luas2 adoiii mana nak letak muka ni weiii maluuu nya aku siap cakap suami sy je pernah tgk saye punya doc hahah masa tu suami aku keluar jap dia kne g bayar bill untuk buat CTG jap lagi.

tapi nasib baik jugak lah aku dapat doc pmpuan kecik je org dia. masa tunggu no giliran tadi sempat jugak lak jenguk bilik2 lain bila pintu terbukak. laki aku pn sempat gak lah cakap ish klau no ayg kat bilik ni doc llaki. alhamdulillah dapat jugak doc pmpuan. huhu. masa doc tu pakai glove dia soh relax. problm sekarang aku tak sempat relax pun lagi sebab menahan malu dia terus rodok ko naseb lah aku tak tertendang dia hahahh pastu nurse tu tenangkan aku ajak berborak kononnya nk bagi leka kot. takde maknanaya aku nak leka weh hahahsakit ko tau takkkk!badan aku jadi keras automatik la aku terkemut . pastu nurse tu ckp jgn kemut... patah jari doc kang hahahha gelak aku dengar. dalam 2minit kot dia dok godek2 bawah tu pastu tu dia ckp dah bkk 1cm. dia tarik glove tu dia tunjuk darah . pitam aku tgk.. aduii gigil terus. bangun dari katil tu jalan pun macam ap je g toilet bila lap ade sikit lah darah tu dlm setitik kat tisu.

balik rumah otw dalam kete suami nk mkn ikan siakap 3rasa masa tu aku tak rasa apa dah so aku ajak p bli barang . sian dia klau mkn kat luar nmpk dia tak puas mkn sebab tak sedap katanya. aku ok je nk masak ni. larat lagi. masa masak tu rasa tak selesa masuk bilik jap bkk panties tgk darah campur lendir kat panty liner tnjuk kat suami dia dah gabra dah . aku lak kene tenangkan dia huhu tapi aku tak sakit pun. mungkin bekas kene seluk ngn doc tadi kot aku ckp. ptg tadi pun still ade lagi kat pad. kali ni aku pakai pad pulak tkut bnyk ke kan. ni mcm dah kurang je . mudah mudahan lepas ni tanda lain keluar... doc bagi tempoh sampai 8/4/2015 ni. klau tak bersalin jugak korang pepaham lah ye huhu


Sunday 22 March 2015

Kandungan 39 Minggu Masih Tiada Tanda



Assalamualaikum…

Alhamdulillah sekarang ni usia kandungan dah pun masuk 39minggu dan anytime je baby boleh keluar ye sayang buat masa ni takde sebarang tanda lagi la yang keluar …. Semua dah ready tinggal nak tunggu baby keluar je ni heee excited, cuak semua ada tau… ayah dia ko jangan cakap lah kan gabra je kalau aku panggil nama dia. Takut nau tanda dah keluar -.-! bila aku kat dapur ada barang jatuh cecepat lah dia g dapur tengok ape benda yang jatuh hahahhaha sabor jelah…

Sekarang ni aku masih bekerja seperti biasa. Naik bas macam biasa, naik monorail macam biasa Cuma kalau ayah baby cuti dia akan hantar dan ambil daku kat office. Kalau hari2 tu mmg tak boleh lah kan sebab ayah baby ni keje pun aku memang faham… tak boleh macam orang lain hari2 berhantar sobs . tak pe baby, kite exercise sesame okey hee. Lepastu battery H/P pun ayah baby pesan sentiasa kene full, credit sentiasa kene ada dan tidak expired then jangan silent H/P sebab nya aku ni bukan selalu pegang H/P pun…selalu kalau ayah baby call kene banyak kali baru aku perasan ekekek marah je dia pastu kite muncungkan mulut macam mulut itik sebabnya kene bebel :p

Sekarang ni semua blog orang aku terjah sebab nak baca pengalaman dorg…disamping tu banyak ilmu yg boleh dapat untuk persediaan masa depan hikhikhik google sana google sini tu jelah keje aku kat rumah… sekarang ni apa yang aku rasa dan alami ?

Perut mengeras – aku tak tau nk cakap lah perut ni mcm mna rasa dia mengeras sebab perut aku tak padat mcm orang lain. Doc pun ckp baby banyak ruang lagi. Tapi last scan baby dah 2.8kg phewwww Cuma lately ni aku rasa macam terkejut jugak mcm rasa keras tapi belah kanan je…

Bengkak kaki – kaki aku bengkak dengan jayanya terutamanya bila balik keje . mybe banyak sangat berjalan kot.

Sakit celah kang2 – yang ni memang sejak usia kandungan masuk 36weeks dah terasa. Bila tidur nak tukar dari kanan ke kiri memang sakit sangat . lepastu kalau nak bangun g toilet memang payah sikit dah dapat bangun dari katil jalan pun terkang2. orang kata sebab baby dah masuk laluan. Bagus lah kan heee


Keputihan – yang ni memang ade je dari hari tu . sekarang ni memang pakai pencuci je lah dgn kene selalu tukar panty liner.

Kuat makan benda manis – mmg suka sangat makan benda manis2 kek, chocolate, ice cream pastu desert ke kuih ke… aku perasan sejak pregnant ni aku tak suka sangat makan asam. Kalau nak masam pun aku minum air oren ke air yogurt ke air vitagen ke cm ttu jelah…

Monday 9 March 2015

Simptoms Di Akhir Kehamilan



Assalamualaikum…

Alhamdulillah sekarang usia kandungan dah masuk 37 minggu 2 hari . klau kira due date ada lagi 19 hari sebelum putera kecik ni keluar jumpa ibu dan ayah dia.. ada yang tanya aku tak takut ke nak beranak . aku pun blur dengan soalan tu sebabnya aku mana pernah rasa beranak . mimpi beranak pernah la alahai senangnya dalam mimpi… tak kene jahit bawah pun miahahah !!!  sekarang ni aku rasa mesti lah neves, nak kene rasa sakit kedua selepas mati kan . lepastu mestilah rasa happy… tak sabar pun ade … husband aku pun sama… persediaaan Alhamdulillah semua dah cukup bagi aku. Mental jelah nak kene ready heee

Sejak pregnant ni symptom pregnant aku tak teruk mana pun . makan semua boleh . ni nak dekat due lagi lah kuat makan . asik teringat kat makanan je . lepastu tidur pun dua hari ni nenyak tu memang nenyak tapi ada jugak terjaga sebab nk tukar posisi . lenguh jugak baring ke kanan je kan bila ubah kekiri putera ni mengeliat lah , menendang lah … kadang tu aku biar kan jugak buat tak tau je tapi hati seorang ibu kan ekekek mana sampai hati nak buat mcm tu .. aku pun pusing kekanan balik T_T . antara symptoms di akhir kehamilan yang aku lalu sekarang ialah :

Sakit pinggang : Sakit pinggang ketika hamil kebiasaannya disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi.Akibat kehamilan yang semakin membesar,posture yang kurang baik juga merupakan salah satu punca masalah ini terjadi.Ibu hamil digalakkan berehat dan kurangkan berjalan-jalan.Keadaan ini akan pulih seperti sediakala selepas bersalin. Macam aku , aku lalui benda ni bila berdiri, berjalan, duduk, baring . serangan ni akan berlaku bila2 masa je . sebab tu tak berani nk jalan atau turun naik tangga mcm biasa. Kene slow2 je . sebab takut tiba2 sakit pinggang aku takut terjatuh.

Cramp atau tegang otot : Yang paling kerap aku alami di pangkal peha kiri kanan terutamanya bila duduk lepastu bangun nak berjalan tu memang sakit sikit. Kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika hamil mungkin menyebabkan ibu hamil kerap cramp atau tegang otot.Kekurangan kalsium juga merupakan faktor masalah tegang otot ini terjadi.Pengambilan kalsium akan memberi banyak faedah kepada ibu dan bayi.(pembentukan tulang dan gigi yang baik).

Keputihan : Masalah keputihan disebabkan lelehan lendir dari saluran kemaluan akibat dari hormon ketika hamil.Ibu hamil akan mengalami masalah keputihan ini lebih dari biasa.Jangkitan kuman pada kemaluan ketika hamil boleh menyebabkan keputihan disertai rasa gatal dan lendir yang berbau.
Kuman yang kerap menjangkiti kemaluan ketika hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Ini mudah dirawat setelah dipastikan dengan pemeriksaan lendir. Rawatan diberikan dalam bentuk ubat yang dimasukkan ke dalam kemaluan setiap malam selama tiga hari, dan kadang-kadang ubat antibiotik juga diberikan. Yang ni aku kene masa awal kehamilan lepastu sekarang ni dah akhir2 macam lagi teruk je. Kebersihan bawah memang kene jaga kalau tidak mmg nak menagis sebab tak selesa . pakai pencuci kurang sikit bau nya . hmmm

Bengkak kaki : Bengkak kaki atau edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan bengkak kaki adalah atau tanda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.
Dengan itu, penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandungnya. Ia boleh dikurangkan dengan berehat secukupnya, iaitu berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam. Ha yang ni bila balik keje memang perasan la kaki bengkak . mula2 jadi adik aku yg tegur lepas tu ketawa terbahak2 sebab mcm kelakorr aje nengok jari kaki aku jadi bulat2 :p tapi bila tidur/baring2 dia tak bengkak dah . cm tu jelah berulang2.


Pedih ulu hati : Timbunan asid gastrik dalam perut boleh menyebabkan ibu hamil mengalami pedih ulu hati atau gastrik.Tali usus akan berfungsi lebih slow ketika hamil.Rahim yang kian membesar akan menekan perut menyebabkan asid perut bertakung.Pada ketika ini sakit atau pedih ulu hati terjadi.Solusi untuk masalah ini,pastikan perut tidak kosong,makan sedikit tetapi kerap amat disarankan.yang pulaka aku kene dalam 3-4 kali je sepanjang pregnant ni . Alhamdulillah tak de lah teruk sangat cumanya tak selesa je lah.


Strechmarks : Macam biasa bila perut makin membesar,kulit akan tegang dan pecah berjalur-jalur.Bukan semua ibu hamil akan mengalami masalah kulit pecah-pecah ni tau. Alhamdulillah aku tak mengalami pun benda ni syukur sangat. Bila tgk kat intenet yang sampai macam tembikai tu gerun… sekarang ni aku pakai losyen baby biasa tu aku sapu2 kat perut sambil selawat dan berborak dengan baby heee…
 

Monday 2 March 2015

Checkup 32 minggu di PPUM dan KKIA

Assalamualaikum...

5 feb 2015 hari khamis lepas aku g checkup kat PPUM dengan KKIA. aku tak perasan pun date ngn time yang dorng bagi tu sama . so sehari sebelum tu aku call KKIA tanya nurse tu mcm mana kot2 la dia nak cakap "tak datang KKIA pun tak pe sebab dah check kat PPUM puan" tapi hampaaa takde makna nurse KKIA tu nak cakap cm tu haha!!! dia ckp"tak pe lah awak datang petang pkl 2pm ye. aku pun macam errr~~~ . then call husband aku ckp tak nk la p KKIA... sama je dia check huahuahua tapi laki aku ni takut nurse marah.. "g je la ayang jgn la mcm ni kite g k"...hmm ok la g la hmm hmm hmm aku mana boleh laki aku manja2 pujuk2 sikit . cair aku :p

pagi tu awal pagi ok husband aku kejut soh siap2 . aku pun bangun la tgk jam hekelehhh baru nak masuk pkl 6.45pagiii lek luuu hahah appointment pkl 9 pagiii kot PPUM belakang rumah je kot lek lu lek luuu hehehe tapi naseb aku la kan dapat laki yang jenis punctual ni. golek golek golek kat katil tu dah pkl 7.30am suami pun dah bebel2 pastu jem pastu sampai PPUM pkl 8.17am lekk ah kan belom pkl 9 lagikk ekekek...

Sampai2 ambik no pastu bayar then g kaunter 1 pastu nurse bagi borang test shishi . then timbang . result normal . risau jugak sbb aku bnyak ambek benda manis tau minggu tu plus makan banyakkkk weh sekali timbang la naik berapa gram je hewhewhew :p then tungu no doc panggil . dalam 20 minit tu no aku dah kene panggil . mengelupur masuk sebab tengah makan roti ngn minum susu miahahah 

Masuk2 je Prof rupa nya buak Doc . ramah tamah sangat tau prof tu nama dia Prof. Emelda then dia tanya dah tau ke jantina baby then aku ckp belum lagi hari tu scan tak nampak . prof tu punya baik lah dia ckp nak scan tak kite tengok nak ? eh boleh gitu ??? hahah ofcoz la aku ckp nak ! hee pastu dia scan everything look good and healthy im so happy with the progress... aku senyum jelah . pastu prof tu ckp mybe boy tapi tak clear . so tak berani nak confirm. lepas scan tu aku tanya Prof pasal Talasemia aku kene ambek darah untuk ujian DNA sbb suspect Talasemia KKIA ckp . aku risau tau . then prof tu mintak buku merah aku sebab dia tak puas hati la kan aku pnye result kat PPUM semua elok je . apahal lak kat KKIA lain . then aku keluar jap ambek buku merah . masa tu suami aku pun masuk sekali . pastu Prof terangkan mcm2 and jgn risau sebab aku tersangat lah sihat dia cakap . jarang sangat org yang pregnant sesihat aku tak banyak masalah . Alhamdulillah... lega sangat aku dengar Alhamdulillah Alhamdulillah 

Lepas Talasemia aku tanya pulak pasal perut aku . adakah normal sebabnya kecik tak mcm pregnant sangat . yelah 1st time pregnant semua benda pun nak cuak kebebeh . then doc check tinggi rahim ok normal masa tu klau tak silap dah 31 cm kira memang ikut minggu . tapi Prof tu macam nk check detail sbb atas perut aku ni banyak ruang lagi dia ckp . dia nk buat detail scan kat Level 1 lak katanya . sebab dia ckp aku tinggi so mmg banyak ruang lah perut aku ni sebab tinggi tapi dia nak make sure yang semua ok katanya so kne g kaunter masa ambek no tadi bayar RM20 untuk scan. masa tgh scan tu aku tanya kat doc dia nak tau jantina baby skli boleh tak hee bagus sangat dia scan semua dia bagi tau detail aku yang tak paham pun boleh paham jugak lah ... Alhamdulillah semua ok mmg result dia sbb aku tinggi baby banyak ruang hewhewhew sebab tu perut kecik :p 

Masa scan doc tunjuk pastu nampak bibird . confirm la baby boy, suami kat tepi masa tu sengih je.. rasa nya dia mmg nak baby boy kot hee alhamdulillah baby sihat berat pun masa tu dah 2.1kg . suka sangat kalau dengar berat baby bertambah . patut lah ibu pun makin berat :p eh macam panjang pulak kan entry ni . petang tu pkl 2 aku checkup kat KKIA pulak . mcm biasa lah check itu ini sama je... ekekeke




Sunday 22 February 2015

KENDURI DOA SELAMAT ( 7 BULAN PREGNANCY)

Assalamualaikum…

Wahhh dah nak beranak baru nak update belog kauu… hee beria Je hari tu nak update pasal pregnancy setiap minggu apa perkembangan dia kan.. tapi nan hado …. Pening kot kat office dah la mnghadap computer je ni balik2 umah nak kene taip kat tab tu alahaiiii… malas bebenor baik tidur . ekekeke :p

Ok ok ok ni nak citer masa kandungan dah masuk 7 bulan lebih 23 january 2015 (genap 30weeks) aku ada buat kenduri selamat sikit kat rumah mak . nasib baik mak aku tanya . kalau nak harap kat aku ni memang takde nya sebab tak tahu kan . mak aku tanya sejak aku masuk 6 bulan tu so bila pikir2 balik aku dengan suami buat masa 7 bulan lebih sebab kiteorg kne tgk jadual kerja laki aku . plus dapat bonus dengan duit BRIM Alhamdulillah rezeki anak hewhewehew.

Lepastu mak aku tanya nk urut tak sebab mak aku tau aku ni tak pernah urut . ada setengah org ckp tak elok berurut . tapi bagi mak aku penting berurut ni. Jadinya aku pun ikut jelah cakap mak aku . tapi makcik tu tak de lah urut tahap yang kuat tu… dia urut macam kat spa tu perghhh dap dap dap…hee pastu dia urut kat perut pun bahagian bawah dia tak usik ya, dia cuma usap2 memang lembut jelah dia urut tu kan . (eh tengah menaip ni baby tersedu pulak hahah sian dia anyonyo nanti sambung balik aku tgh rasa tak selesa pulak sebab duduk kene menyandar je . kalau duduk tegak terasa baby kick . senak hee)