Wednesday 13 April 2016

Perihal Breastfeed Adam



Assalamualaikum  memandangkan aku terima banyak sangat PM whatsapp yang tanya pasal breastfeed so aku rasa elok jugak aku buat entry ni manalah tahu boleh membantu walaupun aku bukan lah pakar aku cerita dan share base on pengalaman la ye hikhikhik mana yang aku silap dengan hati terbuka korang boleh tegur atau perbetulkan aku . 

1) Macam mana aku boleh fully breastfeed Adam ?
Sejak pregnant aku dah fikir pasal susu . aku tak nak bagi baby aku makan terlalu awal. Lepastu aku fikir nak bagi susu badan ke susu tepung . ini penting ye sebab baby kita hanya minum SUSU bukan Strawberry vanilla milk shake ke chocolate hazelnut ice cawan besar ke SO, dari awal kehamilan kita dah fikir tentang makanan anak kita. Sebelum kawin korang dah prepare nak pelamin , tema warna gubahan hantaran dari sekecil2 perkara sampai lah yang sebesar besar perkara pun korang boleh fikir dan decided kan ? sama juga bila dah pregnant. Ilmu tu semua kita kne balajar kumpul dari awal bukan bila baby dah lahir menangis mulalah suara sumbang berkumandang “eh baby lapar tu susu tak cukup g beli susu sana” “ eh baby lapar tu campurlah air beras air kelapa nestum” aku cakap ni sebab aku pun kena . masa ni suami istri kena mainkan peranan support each other . 


2) Senang ke Breastfeed ni betul ke jimat ?
Dari awal pun aku dah buat research pasal pam susu botol macam mana yang sesuai aku tanya la semua orang . siapa cakap breastfeeding ni murah ? org kedekut je breastfeed ? semua benda ni ibarat pelaburan . pam ko ingat dapat ke 100 kebawah ? botol, cooler beg, ice pack, storage bottle, storage plastic, warmer, macam2 so kat sini kne pandai budget . macam aku, tunggu bonus baru beli pam tu pun single je sampai sekarang aku pakai yang tu je . memula suami aku tak faham kenapa aku beli pam ni . bila baby dah lahir baru dia tau kenapa. Susu adalah makanan utama baby . bila emergency mcm kes aku deliver baru tahu gunanya beli awal2. susu ibu adalah susu yang terbaik . soal murah ke mahal ke aku tak fikir pun.

 1st alatan perang beli masa dalam pantang sebab nak masuk kerja 


 Adam dah 9 bulan upgrade beg perang . senang g office angkut satu bag je

3) Makan apa susu banyak ?
Percayalah Susu badan ni anugerah dari Allah. Rezeki yang allah dah bagi . POSITIVE tu sangat penting bagi aku . susu badan bukan datang dari tek tapi dari minda kita. Susu aku tak banyak pun tapi mencukupi untuk Adam insyaallah . selain tu tipu lah klau aku cakap susu tak pernah drop dan aku ada juga cuba supliment and makanan lain nak tambah susu dan sekarang aku hanya amalkan makan chia seeds. Alhamdulillah serasi . bila menyusu ni pepaham la laparnya macam lah bela jin kalau makan tak reti kenyang hihi tapi bila makan chia seeds ni aku jadi kurang makan tapi susu tetap mencapai demand seharian Adam . Alhamdulillah.


ni chia seeds yang aku beli . sepeket ni tahan jugak lah 2 bulan lebih 

 salah satu cara aku makan chia seeds masuk sesudu dalam yogurt tunggu kembang baru makan seuk2 nyamannnnn hoiii

4) "aku dah cuba macam2 tapi tak jugak jalan"
 beb, ko nak kawin bukan main ko ke spa buat rambut lah lulur lah tapi bila bab nak bagi anak susu ko lupa kan benda tu datang nya dari mana. masa pregnat tu klau boleh dari awal2 pregnant rajin2 bersihkan nipple . ambil cotton bud tu basahkan lepastu cungkil2 sikit tengah2 nipple tu  buat lah 2 hari sekali ke tak kisah. aku buat benda ni memang ada macam daki yang keluar . aku pun tak tau lubang susu tu berapa banyak atau besar mana lubang2 susu tu atau location lubang2 tu kat mana tapi aku bersihan tu memang ada k .

5) Supply vs Demand
Alhamdulillah sepanjang adam lahir sampai sekarang umur setahun aku tak pernah lagi kene bengkak susu. tu pentingnya pam . jangan fikir kalau breast bengkak susu penuh dan banyak ye . lagi satu jangan biarkan breast dah keras baru nak pam atau bagi baby isap sebab kita fikir susu banyak. salah tu sebab breast yang penuh tu akan hantar signal ke otak memberitahu demand dah kurang jadinya tak perlu supply lagi dah . tu la punca susu kita kurang atau DROP.
penting sangat untuk kita faham Supply vs Demand . 

  ni hasil yang selalu aku bila pam kat office

 klau breast penuh sambung pam kat rumah

6) "Baby tak kenyang la sebab isap belah kiri je . kiri kan air. kanan kan makanan (atau sebaliknya)"
Dulu aku pun tak tau benda ni betul ke tak . bila orang cakap tu aku Oooo~~~ Oooo~~~ kan aje. ni lah hebatnya ciptaan Allah anugerah untuk anak syurga kita . susu ibu ada cair ada pekat boleh jadi bila keadaan ibu tu panas susu akan jadi cair sedikit bila sejuk akan pekat . bila aku fikir balik, masyaallah, bila panas mesti kita dahaga kan ? sama juga dengan baby jadi susu yang cair tu akan menghilangkan dahaga susu yang cair juga dikenali sebagai FOREMILK. bila kita sejuk kita akan lapar kan ? sama juga kongsepnya baby akan lapar, and yes thats why susu kita akan pekat. susu yang pekat ini pula dikenali sebagai HINDMILK . sebab tu kita selalu dengar atau baca "BAYI TIDAK MEMERLUKAN MAKANAN ATAU AIR MASAK KECUALI SUSU IBU".

bila menyusu pula ada yang cakap "jangan bagi kiri je nanti baby tak dapat makanan asik air je" SALAH wehhh SALAHHHHH hahahah tegasnya mak dadam ni :p yang betulnya susukan baby sampai breast betul2 lembik. kalau baby nak lagi baru bagi yang sebelah lagi tu . so baby dapat foremilk dan hindmilk. kalau kita kerap tukar kiri kanan bagi kat baby, bila masanya baby nak kenyang.


pic from google

FOREMILK : susu pada awal penyusuan . agak cair sebabnya tinggi kandungan air,tinggi dengan karbohidrat dan kurang lemak. ianya untuk menghilangkan dahaga.

HINDMILK : susu pada akhir penyusuan kurang air, tinggi lemak dan kalori. pekat dan mengenyangkan baby .


7) apa yang aku buat bila susu drop ? 
 Aku buat tak tahu je lah. aku tak pernah pun rasa stress bila susu drop . aku cuba ingat balik apa yang aku makan pastu esoknya aku minum susu minum air suam sebelum pam relax jelah . tak pernah lagi susu drop anak aku tak dapat susu. still dapat dan still cukup alhamdulillah. cumanya kne kerja keras lebih sikit lah buat Power Pumping (PP) , bangun tengah2 malam pum lagi.

 
sebenarnya banyak lagi pertanyaan yang aku terima . aku jawap pun ikut pengalaman aku, apa yang aku buat jelah ye . nanti ada masa aku share lagi . eh aku nak ingatkan lah ni entry untuk orang yang open je yang fikir sempit "eei tak malu ke tunjuk susu" "eh belagak riak takbur nya" "eh ko tak faham perasaan org yang takde susu" " eh bla bla bla" jangan la baca. please k. aku faham perasaan korang . ada yang tak dapat susukan anak pertama anak kedua dia berjaya . kebanyakannya anak pertama takde pengalaman kurang ilmu. Bf mom ni aku suka tau sebab memasing support each other . susu drop ? ko tgk la positive vibes yang ko akan terima nanti dari diaorang . takde la yang cakap " padam muka ko" . sebab memasing faham perasaan bila susu drop bila susu melimpah bila susu so-so je nak keluar

terima kasih kerana sudi membaca ekekek 

lanje pic budak sado setahun baru balik photoshoot lepastu g klinik checkup pastu g beli barang nak masak bagi orang baca yasin makan sekali doa selamat untuk adam . balik tu terbongkang sampai esok dak sado ni hahhaha letih nau agaknya








 

Monday 4 April 2016

Pengalaman Bersalin Part 3


..........Hari ke-2 kat wad. Malam tadi kira hari pertama. Aku masih tak boleh bergerak pagi tu baru dapat minum air . pagi tu nurse check demam takde dah semua ok lepas breakfast doctor plak datang check. Doc inform aku nak jumpa anak kena bangun g NICU. Aku mana boleh bangun lagi malam tadi dah kene lapah perut ni ha T_T masa tu takde rasa pun rindu kat anak. Tah la kenapa . aku masih bersedih kenapa aku kene czer . macam tak boleh terima . mungkin tu la orang cakap hormone lepas bersalin lain macam. Doctor tanya kenapa sedih je puan aku cakap la saya tak dapat jumpa anak lagi (aku tipu sebenarnya aku sedih sebab kene czer) . dia tanya lagi ni makanan pun tak habis kenapa aku tipu lagi aku ckp takde selera padahal taksedap langsung dengan sejuk nya makanan tu ish HAHA 

Pagi tu suami aku call dia cakap dia tengah basuh baju kemas rumah tengah hari nanti dia datang masa tu aku tak sabar2 nk jumpa dia tau . aku nak dia je T_T . bila suami aku sampai hospital aku tak boleh gerak lagi aku baring je . malam tu pulak family aku datang . mak aku peluk aku dia nangis aku nak nangis pun tak boleh sebab perut sakittttt sakit sangat makan pun aku tinggikan sikit katil . dah la kaki panjang katil tak muat ! terpaksa keluarkan kaki aku kat tepi katil HAHA masa tu aku dah try2 la nak duduk walaupun azab nya ya ampun…. Petang tu nurse inform kat suami aku yang baby kiteorang dah di pindah kan ke wad kanak2 . tak de kat NICU dah  jadinya masa family aku datang tu aku ckp nk jumpa baby suami aku mintak lah wheelchair sbb aku tak blh jalan lagi . dalam pkl 9.30 tu kami grak g wad kanak2. Rasa berdebar je nak g jumpa baby masa ni . first date lah katakan heee :’)

Masa otw tu nurse tau dah aku nak jumpa anak aku dia tolak budak yang dia letak kat luar tu ke dalam wad . masa ni masyaallah… aku suruh mak aku ambek adam bagi kat aku . aku bagi salam kat adam . aku tenung je muka dia . muka macam joe . aku sentuh lembut pipi dia . hilang sakit luka perut aku masa ni . pipi merah macam pakai blusher . ada tiub susu kat mulut kesian anak ibu :’( 

firstime jumpa, firstime pegang, firstime dukung, firstime cium, firstime ibu sebut "assalamualaikum anak IBU"

lepastu ibu buka kain yang balut badan adam . ibu nak tgk anak ibu . Allah sedihnya bila tengok tangan adam kene ikat lepastu ada drip cucuk sana sini . ibu pun rasa sakit anak ibu mesti sakit kan sayang :’(





 maafkan ibu sayang . maafkan ibu… :’( ibu tak jaga adam elok-elok ibu cuai :’(


jumpa anak kejap je sbb aku tak tahan duduk lama sangat . family aku pun nak balik dah . malam tu aku rasa meronta2 nak jaga anak aku. Kesian dia kat situ sorang2 :’( bila fikir benda tu lah aku rasa kesian sangat kat dia . call suami aku malam tu suruh dia datang awal sebab aku nk jumpa baby kesian kat baby aku cakap. Masa ni aku tak tau nak panggil adam apa sebab tak terfikir nama pun. Tak pernah discuss nak bagi nama apa hikhikhik :p

pagi tu suami datang doc check luka semua okey je dia cakap klau nak jaga baby boleh je trus check out . apa lagi aku pun laju2 kemas barang mandi tukar baju sementara suami aku urus kan bil. terus g wad kanak2 . happy !!! 

Masa sampai ni lah aku setup tempat aku kemas2 suami aku g ambil breast pump . aku tanya doctor boleh ke bawak breast pump dia cakap boleh . suami aku sampai2 je dia panggil "ADAM" aku toleh belakang ingat dia panggil siapa rupanya dia panggil anak dia . dia cakap "ayang, kita bagi nama MUHAMMAD ADAM RIDZKI ye" aku ok je asalkan ada "RIDZKI" kat belakang tu . memang aku nak nama tu bagi aku dia pembawa rezeki dalam keluarga aku heee :')
 
berseri-seri muka suami dok panggil Muhammad Adam Ridzki anak ayah


masa ni aku nak direct feeding adam tapi dia menangis . nasib baik staff nurse kat PPUM masa ni baik sangt dia tunjuk kat aku cara pegang baby posisi menyusu tapi masa ni aku tengah nak stimulate susu. lagi pun sebab tiub tu nurse pindah kat hidung pulak . merayu2 mintak nurse cabut tiub kat hidung adam masa ni . tapi tak boleh :'( aku pump la susu nurse 2 orang datang bagi semangat :')


 dapat lah banyak ni alhamdulillah bagi adam minum pakai syringe laju dia minum colestrum hiks :')


permata hati boyfriend baru :')


kesian dia macam tak selesa dengan tiub kat hidung tu :'( 

 :')

 
oleh terkeluar tangan dari bedung . jari panjang jari kaki pun sama dah la adam kurusss malam ni dapat jaga adam . ayah kene balik. actually suami boleh stay lambat. mana kita tahu hurmm tak pe adam ada ibu kan sayang :')

 malam tu aku tak giveup aku keep on pumping  hasil sesudu pun dah cukup dah janji dapat tunaikan hak adam . 





jam 1 pagi ada seorang doctor perempuan datang untuk check darah adam . adam menangis kuat ibu tak sampai hati doctor tu perah tumit kaki adam untuk keluarkan darah ibu menangis ibu cakap "sudah la doctor sudah la tu cukup la tu!!!!" doctor tu ckp "maaf puan , sikit sangat ni nanti saya tak dapat result puan saya minta maaf ya puan. anak pertama ya ? dah jadi mak ni puan kene kuat puan" lepastu tak lama tu nurse pulak masukkan antibiotic kat adam . adam nangis lagi . Allahu... ibu rapuh adam. ikutkan hati ibu nak bawa adam lari ! lepas 4 jam doctor tu datang lagi untuk ambil darah selepas masuk antibiotic. ibu menangis lagi semahunya . T_T 

adam kene minum susu 35ml dalam masa 30minit menggunakan syringe. lepastu adam muntah banyak sebab perut adam kecil lagi 35ml terlampau banyak untuk adam :'( tapi nurse cakap klau adam boleh telan 35ml tu esok klau takde apa2 adam boleh balik dah . nurse malam tu dah lah garang tak membantu pun hurmmm . 


adam muntah banyak kesian anak ibu :'(




ibu tak sedar pun ibu tertarik tiub kat hidung adam tu tgk2 dah panjang bila bg tau nurse tu dia cabut je. Yes !adam tak de tiub dah heheheh


 ibu snap pic ni sebab nak tunjuk kat aunty baizura doctor hensem muahahhaha

pagi tu nurse yang tukar shift tu baik sangat dia tolong mandi kan adam dia tolong isikan air ibu panaskan susu adam yg ibu perah .  ibu tidur dia yang jaga adam sebab ibu tak tidur satu malam .
khamis 9 April 2015 pagi tu doc datang check ibu terus tanya dah boleh balik ke doc ? tapi doc tu cakap belum puan , kita tgh tgu result darah yang ambil malam tadi . ibu tak nak dah duduk hospital. tak best kan adam .... bila doc tu nk keluar je nurse tu bawak result yang semua ok. adam takde kuning dah boleh balik yey ! alhamdulillah.... 

dah hensem2 dia boleh prottt ccreettt prooott masa ni nak balik dah :')




Bermulalah kehidupan baru untuk keluarga kita :') bye PPUM ! lagi dua tahun ibu datang balik kahkahkah !!!!