Assalamualaikum…
Alhamdulillah sekarang usia kandungan dah masuk
37 minggu 2 hari . klau kira due date ada lagi 19 hari sebelum putera kecik ni
keluar jumpa ibu dan ayah dia.. ada yang tanya aku tak takut ke nak beranak .
aku pun blur dengan soalan tu sebabnya aku mana pernah rasa beranak . mimpi
beranak pernah la alahai senangnya dalam mimpi… tak kene jahit bawah pun
miahahah !!! sekarang ni aku rasa mesti
lah neves, nak kene rasa sakit kedua selepas mati kan . lepastu mestilah rasa happy… tak sabar
pun ade … husband aku pun sama… persediaaan Alhamdulillah semua dah cukup bagi
aku. Mental jelah nak kene ready heee
Sejak pregnant ni symptom pregnant aku tak teruk
mana pun . makan semua boleh . ni nak dekat due lagi lah kuat makan . asik
teringat kat makanan je . lepastu tidur pun dua hari ni nenyak tu memang nenyak
tapi ada jugak terjaga sebab nk tukar posisi . lenguh jugak baring ke kanan je kan bila ubah kekiri putera ni mengeliat lah , menendang
lah … kadang tu aku biar kan jugak buat tak
tau je tapi hati seorang ibu kan
ekekek mana sampai hati nak buat mcm tu .. aku pun pusing kekanan balik T_T . antara
symptoms di akhir kehamilan yang aku lalu sekarang ialah :
Sakit
pinggang : Sakit pinggang
ketika hamil kebiasaannya disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat
tulang dan sendi.Akibat kehamilan yang semakin membesar,posture yang kurang
baik juga merupakan salah satu punca masalah ini terjadi.Ibu hamil digalakkan
berehat dan kurangkan berjalan-jalan.Keadaan ini akan pulih seperti sediakala
selepas bersalin. Macam aku , aku lalui benda ni bila berdiri, berjalan, duduk,
baring . serangan ni akan berlaku bila2 masa je . sebab tu tak berani nk jalan
atau turun naik tangga mcm biasa. Kene slow2 je . sebab takut tiba2 sakit
pinggang aku takut terjatuh.
Cramp atau tegang otot
: Yang paling kerap aku alami di pangkal peha kiri kanan terutamanya bila duduk
lepastu bangun nak berjalan tu memang sakit sikit. Kandungan hormon estrogen
yang meningkat ketika hamil mungkin menyebabkan ibu hamil kerap cramp atau
tegang otot.Kekurangan kalsium juga merupakan faktor masalah tegang otot ini
terjadi.Pengambilan kalsium akan memberi banyak faedah kepada ibu dan
bayi.(pembentukan tulang dan gigi yang baik).
Keputihan : Masalah keputihan disebabkan
lelehan lendir dari saluran kemaluan akibat dari hormon ketika hamil.Ibu hamil
akan mengalami masalah keputihan ini lebih dari biasa.Jangkitan kuman pada
kemaluan ketika hamil boleh menyebabkan keputihan disertai
rasa gatal dan lendir yang berbau.
Kuman yang kerap menjangkiti kemaluan ketika
hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Ini mudah dirawat setelah
dipastikan dengan pemeriksaan lendir. Rawatan diberikan dalam bentuk ubat yang
dimasukkan ke dalam kemaluan setiap malam selama tiga hari, dan kadang-kadang
ubat antibiotik juga diberikan. Yang ni aku kene masa awal kehamilan lepastu
sekarang ni dah akhir2 macam lagi teruk je. Kebersihan bawah memang kene jaga
kalau tidak mmg nak menagis sebab tak selesa . pakai pencuci kurang sikit bau
nya . hmmm
Bengkak kaki
: Bengkak kaki atau edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak
menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan bengkak kaki
adalah atau tanda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun
demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan
kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu
menghidapi penyakit toxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi
jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.
Dengan itu, penting bagi ibu yang mengandung
menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu
mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang disebutkan tidak
membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang
dikandungnya. Ia boleh dikurangkan dengan berehat secukupnya, iaitu berbaring
sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari dan tidur
awal pada waktu malam. Ha yang ni bila balik keje memang perasan la kaki
bengkak . mula2 jadi adik aku yg tegur lepas tu ketawa terbahak2 sebab mcm
kelakorr aje nengok jari kaki aku jadi bulat2 :p tapi bila tidur/baring2 dia
tak bengkak dah . cm tu jelah berulang2.
Pedih ulu hati : Timbunan asid gastrik
dalam perut boleh menyebabkan ibu hamil mengalami pedih ulu hati atau
gastrik.Tali usus akan berfungsi lebih slow ketika hamil.Rahim yang kian
membesar akan menekan perut menyebabkan asid perut bertakung.Pada ketika ini
sakit atau pedih ulu hati terjadi.Solusi untuk masalah ini,pastikan perut tidak
kosong,makan sedikit tetapi kerap amat disarankan.yang pulaka aku kene dalam
3-4 kali je sepanjang pregnant ni . Alhamdulillah tak de lah teruk sangat
cumanya tak selesa je lah.
Strechmarks
: Macam biasa bila perut makin membesar,kulit akan tegang dan pecah
berjalur-jalur.Bukan
semua ibu hamil akan mengalami masalah kulit pecah-pecah ni
tau. Alhamdulillah aku tak mengalami pun benda ni syukur sangat. Bila tgk kat
intenet yang sampai macam tembikai tu gerun… sekarang ni aku pakai losyen baby
biasa tu aku sapu2 kat perut sambil selawat dan berborak dengan baby heee…