Monday 9 March 2015

Simptoms Di Akhir Kehamilan



Assalamualaikum…

Alhamdulillah sekarang usia kandungan dah masuk 37 minggu 2 hari . klau kira due date ada lagi 19 hari sebelum putera kecik ni keluar jumpa ibu dan ayah dia.. ada yang tanya aku tak takut ke nak beranak . aku pun blur dengan soalan tu sebabnya aku mana pernah rasa beranak . mimpi beranak pernah la alahai senangnya dalam mimpi… tak kene jahit bawah pun miahahah !!!  sekarang ni aku rasa mesti lah neves, nak kene rasa sakit kedua selepas mati kan . lepastu mestilah rasa happy… tak sabar pun ade … husband aku pun sama… persediaaan Alhamdulillah semua dah cukup bagi aku. Mental jelah nak kene ready heee

Sejak pregnant ni symptom pregnant aku tak teruk mana pun . makan semua boleh . ni nak dekat due lagi lah kuat makan . asik teringat kat makanan je . lepastu tidur pun dua hari ni nenyak tu memang nenyak tapi ada jugak terjaga sebab nk tukar posisi . lenguh jugak baring ke kanan je kan bila ubah kekiri putera ni mengeliat lah , menendang lah … kadang tu aku biar kan jugak buat tak tau je tapi hati seorang ibu kan ekekek mana sampai hati nak buat mcm tu .. aku pun pusing kekanan balik T_T . antara symptoms di akhir kehamilan yang aku lalu sekarang ialah :

Sakit pinggang : Sakit pinggang ketika hamil kebiasaannya disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi.Akibat kehamilan yang semakin membesar,posture yang kurang baik juga merupakan salah satu punca masalah ini terjadi.Ibu hamil digalakkan berehat dan kurangkan berjalan-jalan.Keadaan ini akan pulih seperti sediakala selepas bersalin. Macam aku , aku lalui benda ni bila berdiri, berjalan, duduk, baring . serangan ni akan berlaku bila2 masa je . sebab tu tak berani nk jalan atau turun naik tangga mcm biasa. Kene slow2 je . sebab takut tiba2 sakit pinggang aku takut terjatuh.

Cramp atau tegang otot : Yang paling kerap aku alami di pangkal peha kiri kanan terutamanya bila duduk lepastu bangun nak berjalan tu memang sakit sikit. Kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika hamil mungkin menyebabkan ibu hamil kerap cramp atau tegang otot.Kekurangan kalsium juga merupakan faktor masalah tegang otot ini terjadi.Pengambilan kalsium akan memberi banyak faedah kepada ibu dan bayi.(pembentukan tulang dan gigi yang baik).

Keputihan : Masalah keputihan disebabkan lelehan lendir dari saluran kemaluan akibat dari hormon ketika hamil.Ibu hamil akan mengalami masalah keputihan ini lebih dari biasa.Jangkitan kuman pada kemaluan ketika hamil boleh menyebabkan keputihan disertai rasa gatal dan lendir yang berbau.
Kuman yang kerap menjangkiti kemaluan ketika hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Ini mudah dirawat setelah dipastikan dengan pemeriksaan lendir. Rawatan diberikan dalam bentuk ubat yang dimasukkan ke dalam kemaluan setiap malam selama tiga hari, dan kadang-kadang ubat antibiotik juga diberikan. Yang ni aku kene masa awal kehamilan lepastu sekarang ni dah akhir2 macam lagi teruk je. Kebersihan bawah memang kene jaga kalau tidak mmg nak menagis sebab tak selesa . pakai pencuci kurang sikit bau nya . hmmm

Bengkak kaki : Bengkak kaki atau edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan bengkak kaki adalah atau tanda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.
Dengan itu, penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandungnya. Ia boleh dikurangkan dengan berehat secukupnya, iaitu berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam. Ha yang ni bila balik keje memang perasan la kaki bengkak . mula2 jadi adik aku yg tegur lepas tu ketawa terbahak2 sebab mcm kelakorr aje nengok jari kaki aku jadi bulat2 :p tapi bila tidur/baring2 dia tak bengkak dah . cm tu jelah berulang2.


Pedih ulu hati : Timbunan asid gastrik dalam perut boleh menyebabkan ibu hamil mengalami pedih ulu hati atau gastrik.Tali usus akan berfungsi lebih slow ketika hamil.Rahim yang kian membesar akan menekan perut menyebabkan asid perut bertakung.Pada ketika ini sakit atau pedih ulu hati terjadi.Solusi untuk masalah ini,pastikan perut tidak kosong,makan sedikit tetapi kerap amat disarankan.yang pulaka aku kene dalam 3-4 kali je sepanjang pregnant ni . Alhamdulillah tak de lah teruk sangat cumanya tak selesa je lah.


Strechmarks : Macam biasa bila perut makin membesar,kulit akan tegang dan pecah berjalur-jalur.Bukan semua ibu hamil akan mengalami masalah kulit pecah-pecah ni tau. Alhamdulillah aku tak mengalami pun benda ni syukur sangat. Bila tgk kat intenet yang sampai macam tembikai tu gerun… sekarang ni aku pakai losyen baby biasa tu aku sapu2 kat perut sambil selawat dan berborak dengan baby heee…
 

No comments:

Post a Comment