Thursday 27 November 2014

Sakit Pinggang

Assalamualaikum....

semalam masa nak tidur aku nak mengiring ke kiri tetiba pinggang kat area pinggul tu sakit yang teramat sampai terjerit sebab sakit dia ya allah.... rasa nak menangis je sampai suami kat sebelah pun tanjat boboi  pastu dia tolong aku mengiring plahan2 Allah... sakit weh . dah la batuk2 dah seminggu jugak lah batuk ni dengan kahak . bila nak batuk pinggang tu dia macam tarik sekali sakitnya uwaaaaa suami pun usap-usap kepala aku perlahan2 dia bisik "sian ayang....sian ayang" pastu dia picit2la belakang aku plahan2 walaupun tak de kesan dia picit tu tapi alahai......kurang sikit sakit ni. beheheh :') mekasih abang....

pagi tadi nak bangun siap2 g keje tapi aku tak boleh bangun dengan tekak perit pepagi ni. nak bangun pun suami angkat. sekarang pn masih sakit lagi ..... doc ckp memang akan dapat sakit pinggang macam ni sebab baby membesar . dengar je pasal baby aku terus semangat balik . tak pelah sayang awak membesar lah dengan sihat. ibu sakit pun tak pe sayang , ibu sanggup . lepastu teringin buah tembikai puloppp baby ni heeeee balik dari klinik suami pun singgah p beli tembikai sampai rumah dia potongkan . manja sangat kan baby ni anyoyoyo :p tapi tak makan banyak pun sebab batuk :(

doc cakap minggu depan kalau tak elok jugak batuk kene hantar sample kahak 3hari berturut2 sebab takut suspek tibi !? Allahuakbar.....mintak dijauhkan la. dah la bila batuk ni dia tarik pinggang lepastu sesak nafas.bila bersin pun sama dia tarik pinggang :( doakan la aku sihat ye kawan2 :(






Thursday 20 November 2014

3rd Anniversary

Assalamualaikum. :’)


Semalam 19/11/2014 dan 20/11/2014 adalah anniversary aku dan suami yang ke-3.ceh nak 2 hari..kau mampu ? :p  Alhamdulillah Allah masih bagi aku kesempatan untuk merasai nikmat dan peluang untuk hidup dengan suami , sihat , dah bahagia. Alhamdulillah…. Terima kasih Ya Allah di atas pinjaman yang sangat indah ini. Doa aku hanya satu semoga masjid yang dibina ini kekal hngga ke syurga., diberkati dan diredhai oleh Allah dan Keluarga. Amin.

Tahun ni nak kata special sangat pun tak, semua macam biasa . suami pun kene kerja kuat kene saving untuk baby yang bakal lahir tak lama lagi . memang tak buat apa-apa persiapan pun sebab awal lagi mak aku cakap. Sekarang usia kandungan aku dah masuk 21 minggu 4 hari. Alhamdulillah baby okey dah rasa dia bergerak alololo omeiii angat perasaan ni. Kekadang aku tengah buat keje terasa dia gerak aku berhenti buat keje aku menikmati perasaan ni sesorg diri ekekeke.

Kepada suami tercinta, terima kasih kerana terima ayang, terima kekurangan ayang, terima buruk ayang selama ni... abang selalu sabar dengan ayang. selalu nasihat ayang . selalu sokong ayang . selalu buat ayang ketawa, selalu suruh ayang masak, selalu suruh ayang mandi, selalu suruh ayang buat kan air sejuk eh ni dah macam mengeluh pulak bahahah tak tak tak apa yang abg suruh ayang buat semua sweet di mata ayang. yelah abg nak suruh siapa lagi kan hiiii  terima kasih abang... ayg suka sangat tengok abg makan masakan ayang sampai habis. ayang tau lah ayg masak sedap kan. tapi jangan la tunjuk sedap tu sangat. puiii :p
insyaallah ayang akan jaga rumahtangga ni sebaik mungkin jadi istri yang baik jadi ibu yang baik untuk keluarga kita. terima kasih untuk segala2nya abg. I love You ! :)



"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal solih yang Engkau redai; berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberikan kepada zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu. dan sesungguhnya aku termasuk orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)". (Al-Ahqaf:15)



Sunday 14 September 2014

1st time pergi PPUM dan Scan

Assalamualaikum....

Minggu lepas aku dengan suami decide nak pergi PPUM daftar nak bersalin kat sana since pregnancy aku dah masuk 11w so hari selasa  9/9/2014  kiteorg pergi sana pinjam kereta kakak aku . kereta suami aku tak keluar lagi ... haru betol lah kalau tak de kereta ni T_T . jam 8 pagi aku dah mandi siap2 tunggu suami aku balik. dia keluar office 8pagi . shift malam... pastu sarapan dalam pkl 9.30 gerak dari rumah . orang lain kalau nak p hospital ke klinik ke pukul 7 pagi terpacak dah mihmihmih 

masa nak sampai PPUM kat traffic light tu dah buat aku hangin satu kepala ada kereta pesona hitam pompuan yang bawak semua kereta nak masuk PPUM (sebelah kanan) dia lak lorong paling kanan tetiba nak kekiri tak bagi signal main nak masukkk je sikit lagi nak langgar kereta kakak aku . bangang gila . pastu dah masuk kawasan hospital tu mengelupur je nk potong2 kereta orang macam tak reti sabar . terus laki aku cakap nak mampos dah ke tak boleh nak sabar . sebab semua yang masuk hospital ni semua ada sebab dia jangan la pikir diri sendiri . takde nye kereta yang masuk hospital ni sesaje T_T . pastu masa jalan nak g tempat parking tu ade seekor lagi pesona ni punya pandai dah terang tang tang signboard situ tulis "MOTOSIKAL SAHAJA" siap shutter tu tutup sebelah kiri kanan shutter yang tengah je bukak boleh2 nak masuk adoiiiiiiiiiiiiii apakah ?????? ada sepasang suami istri kot jalan kaki masa tu dia tunjuk kat driver tu sign board "MOTOSIKAL SAHAJA" aku rasa nak menangis je tengok orang macam ni T_T . 

masa dah sampai tu aku dengan suami tu masuk nak ambek no giliran macam malu je perut aku tak kedepan yang orang lain aku tgk semua macam nk beranak je hiii sekali ambik no mak aihhh 206 orang kat depan haku ????? tapi rupa2 nya sekejap je tunggu dalam 15 minit je no dipanggil dia tanya period semua mcm mana pastu dia bagi tau due bila datang balik 20/11/2014 daftar tak payah bayar pun . bayar booking masa bulan 11 nanti . pastu aku ckp kat suami "eh masa tu 3rd anniversary kite lah abang" suami aku senyum je hiiii dah habis tu terus g klinik swasta saja nak scan sebab pernah scan tak nampak hape pun sebab dah kencing . so masa nak scan ni aku minum bebanyak eekekek

bila masuk doc panggil tu aku cakap terus "doc saya nak scan tapi saya nak terkencing dah ni" miahahahha pastu doc panggil suami masuk masa scan tu nampak dah alhamdulillah active sungguh baby dalam peyut ni ya Allah.... tak tau nak menangis ke tak masa tu heee doc nak ukur pun tak dapat sebab kejap ke atas kebawah kekiri ke kanan ya Allah..... bersyukur sangat2 tapi gambar tak ambek pun sebab syok sangat tgk dia dalam screen tu heee . suami boleh tak paham nak tengok macam mana sabor jelahhh T_T . Apa2 pun aku bersyukur sesangat dengan anugerah yang Allah bagi . bersyukur sangat2 dapat merasai nikmat ini dengan suami :') Alhamdulillah semoga Allah lindungi dia jaga dia sempurnakan sifat dan hatinya aminnnn......

  Gambar dari google .

lebih kurang macam tu la baby saye heee doc tgk semua okey dari size memang nak masuk 3 bulan doc cakap Alhamdulillah :')

Tuesday 2 September 2014

Symptoms of Pregnancy

Assalamualaikum... :')

Hai korang hari ni aku nak cerita pasal symptoms sebelum aku tahu aku pregnant kot kot korang ada mengalami symptoms macam aku ni hati2 lah dalam setiap aktiviti dan diet seharian korang heeee :)

Missed Period
- Period aku memang akan datang on time . sampaikan husband aku dah boleh agak setiap bulan bila aku  akan period. tapi kadang2 dia lewat / awal sehari dua. aku pernah lewat period 19hari bila check -ve. dah perasan pregnant masa tu . so masa period aku lewat seminggu ni aku tak perasan pun yang sebenarnya memang ada lil khalifah dalam rahim aku subhanAllah :')

Buang Angin
- Aku sendiri pelik apesal badan aku ni asik nak keluarkan angin. sendawa . kentut . haihhh bila berjalan tuh main nak keluar je kentut ni tau. tak boleh cover langsung sampai kan bila terserempak dengan orang aku siap berhenti tahan nafas sebab takut terkentut orang dengar titewww maluuuu T_T kalau depan suami main lepas je mihmihmih

Vaginal Discharge
- Okey yang ni perempuan punya stuff yang kene ambil tahu sangat2 sebab mana tau kita sakit ke kan . part yang ni memang aku pelik sangat sangat sebab nya selama ni aku tak pernah ada masalah keputihan tau sampaikan aku kene kerap pakai panty liner dan kerap tukar sebab rasa basah je sepanjang masa. keputihan ni memang luar biasa lah pada aku . sampai rasa tak selesa. bila google kata normal during pregnancy . OMG masa tu aku tak tau pun aku tengah pregnant mihmihmih

Malas
- Part yang ni suami tak perasan pun sebab bagi dia normal tengok aku banyak tido miahahahah tapi bagi aku, aku jelah perasan sebab aku buat keje sikit pastu baring 2-3 jam pastu sambung balik buat keje rumah. kekadang rumah sampai tak bersapu aku punya malas level 200% kot haihhh nak masak pun alahaiiiiii beli jelah kat bazar sebab masa ni bulan ramadhan beheheheh tahun ni pulak tahun yang paling sikit aku ambil tempahan biskut raya ekekekeke

Demam + Asthma
- Aku ni jarang kene demam tapi masa puasa tu seminggu jugak aku demam pastu bila demam aku batuk2 bila dah batuk tuh siap sedia lah asthma mesti singgah punya . sampai satu tahap aku asthma pun g keje jugak sudah nya pepagi kene g klinik ambik oxygen. lepas tu doc suruh aku balik sebab kene rehat tapi aku keje jugak lah sebab aku fikir banyak benda aku kene submit. aku sendiri pelik sebenarnya apakah punca aku demam masa tu. kalau asthma aku tak pelik sebab dah biasa kene attack T_T


ni jelah kot symptoms yang aku perasan masa sebelum dapat tahu aku pregnant heee Alhamdulillah tak de la yang teruk2 sangat kan tapi setengah orang cakap kalau kita dapat tahu kita pregnant baru sickness tu datang serang beeheheheh



Monday 1 September 2014

Alhamdulillah saya pregnant :')

Assalamualaikum... :)

Subhanallah alhamdulillah walailahaillallah wallahu akbar.... Anugerah syawal seindah ramadhannn Alhamdulillahhhhh terima kasih ya Allah kerana mendengar setiap doa ku , doa orang tua ku , doa orang sekeliling ku... Alhamdulillah tak tau nak mula dari mana :') . ramai yang bersyukur bila dengar perkabaran ini . alhamdulillah nikmat mana yang mahu aku dustakan . *airmataberjujurannnn~~~

Tujuan aku up kat blog untuk aku dengan suami aku kenang saat indah ini behehehe poyo sangat kan. yelah hampir 3 tahun Allah uji kami berdua Alhamdulillah indah sangat perancangan DIA. sungguh Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk kami berdua :')

macam mana aku tau aku pregnant ? aku tak tau dan tak pernah fikir pun weh sebab tu kan bulan ramadhan hiksss . period last aku 22-28 june 2014. 29 June tu kan nak masuk puasa. so aku fikir period yang akan datang mesti dekat2 nak raya lepas tuh aku check period tracker kat dalam tab 19-25 July 2014. tak de la aku nak fikir apa2 sangat huhu.

Masa puasa tu semua berjalan dengan lancar tetiba dapat news ada tanah berlobang sebab projek MRT kat jalan imbi masa tu aku fikir pasal monorail jelah haha !!! susah uolss kalau monorail tak jalan . aku kene jalan jauh sangat2 *urutdada pastu masa bulan ramadhan tu aku memang banyak berjalan okey .jalan jauh pulak . tapi disebab kan puasa niat pun mungkin allah ganti nikmat tak de rasa letih sangat heee :')

Masa syok2 layan bulan ramadhan tu aku perasan aku kerap sendawa pastu kentut bahahah tak senonoh . masa sendawa tu aku punya bunyi macam orang kenyang makan nasik 8 pinggan agaknya T_T aku pun rasa pelik la kan sebab tengah puasa weh sendawa macam orang kenyang so aku pun google la apa penyakit ke benda tak elok ke toksin dalam badan banyak nau nau ke pastu aku search danggggg semua keluar pasal pregnancy hahaha aku pun baca tapi tak de la fikir pape pun masa tu .

Masuk je 19 July aku pun siap2 la pakai pad dari rumah sebelum g keje miahahahhaa takut la kan kite kat office mana nak bawak seluar tecik tu . sehari tu tak de la fikir apa pun sebab keje banyak pastu tak habis2 fikir monorail tak jalan LOL.

And kalau tak silap aku hari jumaat 25 July aku call kakak aku tanya mak bapak aku sihat ke semua ah aku tanya masa tu suami aku mandi . masa nak letak telepon tuh aku ckp kat kakak aku period aku dah lewat seminggu pastu aku suruh la dia ckp kat mak aku doakan aku pregnant . punya tak malu aku cakap macam tu tau kahkahakah pastu kakak aku cakap "eh tak nak la aku cakap kat mak kang mak berharap sangat pulak" ish ko ni doa kan jelah mana tau bulan baik ni rezeki keluarga kita kan. gitewww... aku memang macam nih kalau ada benda penting mesti aku call family aku mintak dorg doakan aku berjaya contoh kalau ada interview kerja ke hewhewhew restu dan redha orang tua penting ye kawan2 sebab tu aku mintak mak bapak aku doakan aku pregnant :')

26 July aku balik umah mak bapak aku. terus g kedai kat bazar ramadhan tolong dorg. masa tu hari last dorg berniaga kat bazar. pastu masa nak tunggu waktu berbuka aku terfikir baik aku test UPT sebab malam ni banyak benda nak buat and kemas pastu angkat barang lagi kalau -ve aku okey je at least aku tau aku boleh angkat banyak barang haha!!! kalau +ve alhamdulillaaaaahhh detik hati aku. aku pun ambek duit RM20 g pharmacy sebelah tu .

Masuk je pharmacy aku terus tanya pregnancy test kat mana pastu pilih2 belek2 pastu aku tnya dorg mana yang elok haha bangang je tanya cam tu . pastu dia tanya period aku ok ke tak sbb klau tak teratur dia bagi ubat untuk lancarkan period ape jadah tah macam minyak ikan then aku ckp la period ok cuma dah lewat . tak pe la sy test dulu . sebenarnya sy malas nak test sebab tak rasa apa2 symptoms pun. tak pelah sy test jelah dulu. dah habis berbuka pastu kemas2 kedai bila sampai umah aku nak mandi tu terus check heee bukan tak sabar . aku tengah fikir kerja rumah plus persiapan raya yang tak siap lagi kat rumah mak aku ni  ha . pastu bila test tunggu 3 saat.... naik 2 line !!!!!! (pic lain kali lah upload) tapi masa tu aku blur bahahha sebab dia ada 2 tempat, 1 control window 1 result window tapi aku renung je control window tu -.-!! yang aku paham naik 2 line je masa tuh heeee pastu aku masuk bilik aku tenung lagi . suami kerja masa tuh pastu aku bagi tau dia . dia pun tak percaya. dia soh esok tu check lagi .

27 July pagi tu bangun buat kerja rumah pasang langsir mak aku masak kat kedai pastu bapak aku p bakar lemang . buat lontong. aku buat jugak keje macam biasa haha siap angkat lemang yg dah di isi dalam baldi berat wehhh pastu buat semua bagai dah siap malam tu g giant carik seluar jalan adik aku ngn kasut semua malam tuh pastu aku singgah guardian beli pregnancy test aku beli yang macam biasa satu lagi yang digital clear blue . pastu aku ngn kakak aku hantar adik aku balik sebab dorg sibok nak main bunga api malam raya dengan kawan2 dia . aku ngn kakak aku sambung beli barang2 raya malam raya tu kat jalan TAR. sesak macam biasa la aku ngn kakak aku memang dah biasa dah huhu setiap tahun kiteorg g situ . paling tak boleh blah masa tuh kakak aku g parking kat kampong baru . jalan la engko sampai jalan TAR sana haha. dah la jalan jauh beli pulak carpet 2 helai muahahha . balik je dari jalan TAR aku terus check keluar jugak double line pekat laju je keluar :')

28 July Subuh raya tu aku buat yang clear blue tu pulak . tapi keluar gambar buku . benda tu aku silap guna kot dia tak dapat baca result . aku dah down dah pepagi raya tu sebenarnya huuuu pastu tengah hari raya suami aku terus ajak cari klinik kat melawati .

Doc :  Haiii selamat hari rayyyaaaaaa..... sakit ape ?
Aku : (eh havoc gila doc lelaki nih tapi tak kesah lah haha *macam india ke singh doc nih) errr tq doc selamat hari raya... saye tak sakittt urmmm sayee sayeeee nak check pregnancy urmmm nak confirmknnn.
Doc : okey tapi mana awak tau awak pregnant ??
Aku : soalan apakah doc bagi aku ni susah nau nak bagi jawapan
Doc : Period last awak bila?
Aku : 22 June duaribuempatbelas 
Doc : Baru lagi period awak ni....
Aku : tapi doc, saya dah check ada double line!! tinggi pulak suara titewwww
Doc : haha okey tape, awak ada bawak husband awak tak ? suruh la dia masuk . dia kena ada masa saat indah macam ni
Aku : bukak pintu pangil suami aku masuk dia buat muka cuak tak moh masuk -.-
Doc : its okey nanti dah dapat result baru kita panggil dia ,sekarang awak g ambil urine nanti assistant saya bagi botol kat awak , awak serah kat dia depan caunter nanti . dalam 10 minit lepastu saya panggil awak balik okey.
Aku : ok doc.

After 10 minutes . masa tunggu ni aku resah gelisah jugak la perghhhhh macam sebelum kawin nak check HIV test tuh :p

lepastu assistant doc tu panggil aku, aku pun masuk lah otw aku nak masuk tu doc soh assistant dia panggil suami aku lak. masa kiteorg kat pintu tak masuk habis lagi pintu pun tak tutup habis tau doc havoc tu jerit "CONGRATS BRO UR WIFE PREGNANT!!!"aku sengih2 kat doc tu pastu aku tgk muka suami aku macam kerang busuk je sengih dia weh hahaha!!!! happy sangat aku tengok suami aku masa tuh. lepastu bla bla bla doc terangkan usia kandungan aku dah masuk 5w 5d (28/7/2014). Alhamdulillahhhhh....

macam kerang busuk tak beheheheh :p










Thursday 17 July 2014

Al- Fatihah MH17

Assalamualaikum..

Hari ni terasa down sangat sepas sahur mcm biasa tgk tab yang suami tgk fon dia . aku first msti check whatsapp baru bukak FB lepastu suami aku ckp ada kapal terbang terhempas pastu aku pun macam tak percaya sbb tgk video tu cm "eh bukan lah" "eh tipu je kot tu" lepastu bila aku bukak FB mengucap panjang :( seriously aku mmg tak sangka semua tu reality bukan fantasy.

Allahuakbar Allah Maha Besar. besarnya dugaan untuk ahli keluarga mereka. aku yang tak tak de kene mengena pun sedih sangat sangat . terkesan. tak dapat bayangkan situasi dorang kat dalam kapal tu. tapi aku percaya besar hikmahnya dugaan ni. Allah maha pengasih . semua yang terjadi ni bersebab . Allah maha mengetahui...

Tapi aku pelik jugak kalau Korea kata dorg dah tak lalu kat laluan tu sejak March . kenapa kita still lalu. tak kan tak tahu yang tu laluan bahaya ? macam-macam persoalan yang timbul tapi yang paling penting kita doakan lah mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.  :((



Sunday 6 July 2014

RAMAI YANG BERTANYA

Assalamualaikum :')

Ramai yang bertanya kat aku tahun ni jual cookie raya ke tak. aku nengok smua dah start jual cookie raya tapi aku tak de pun cakap apa2 pasal cookie untuk raya kan hikhikhik bukan ape aku rasa tahun ni macam nak cuti jap sebab ape pun aku tak tau tapi bukan malas lah wei grrrr sebab tahun lepas alhamdulillah la order tak menang tangan yang order last minute pun aku layan kan jugak tau siap aku antar sampai depan pintu tak charge pape pun tu smua untuk customer tercinta gitewww .

kek batik

Semua aku buat sendiri tau bila dah dapat hasil tgk cookie dengan cake tu semua rasa berbaloi . penat tu tolak tepi sebab dah minat kan . tapi nak mengeluh pun tak boleh nanti suami dengar terus tak dapat lesen berniaga ahahahahhaha . ouh ye tahun lepas aku buat Almond london je tapi dalam kuantiti yang banyak . sebab tu aku tak berani janji dengan org aku buat cookie itu ke ini ke yelah aku memang buat sesorang so jadi nya aku tak nak tamak aku bagi la job kat orang lain pulak kan . kek pulak aku buat kek batik dengan kek gula hangus je tu pon pitam aku membuatnya ye ! huhu paling banyak kek gula hangus la dalam 60 bijik nak bakar lak 1 per 1 sebab kalau masuk sekali 2 / 3 adunan dorg tak naik dengan cantik. kek batik dalam 40 bijik kot tak ingat la aku huhu.

 kek gula hangus

tahun ni aku mmg nk focus kat family ngn family mertua . buat cookie pun untuk dorg je umah aku tak payah kot sebabnya tak de siapa nak makan kalau makan pun berbulan jugak nak habis tapi sesiapa yang nak order boleh je contact aku untuk kek batik atau kek gula hangus . in sha allah aku buat kan. tapi aku tak hantar dah tahun ni ye . kekangan masa hikhikhik tahun ni nak focus kat suami, family ngn mak ayah mertua . kesian dorg tu yang aku nye bizi buat kek yang laki aku lak keje tak balik2 ahahahah tak menentu sebab keje operation kan plus tahun lepas laki aku tak dpt cuti raya. tahun ni dapat la beraya dengan suami. sebab tu nk focus kat family hikhikhihkhikh .


selamat berpuasa ! :)



Tuesday 1 July 2014

hati kene kuat !

Assalamualaikum :')

Mak aku ada pesan kat aku kalau nak start berniaga atau business hati kene kental tabah dan yang paling penting mental kene kuat . macam family aku masa start berniaga tu mak aku memang start dengan modal kecik . sekarang nak berniaga terutamanya makanan bukan senang weh . nak kene ada sijil SSM, suntikan typhoid . sijil kursus pengendali makanan . macam2 lah . semua tu kene ada untuk dapat lesen berniaga tapi ada je orang berniaga tanpa lesen okey je tak kene apa2 tindakan dari majlis perbandaran  . kenapa pun aku tak tau . majlis perbandaran tak "perasan" kot kedai dorg tu.

Dari situ mental fizikal mak aku diuji . nak buat semua tu korg pikir senang ke weh . banyak prosedur yang ditetapkan korg kene buat . makan banyak masa . krusus makanan tu bukan sekali seumur hidup ye! kursus tu kalau dorg (majlis perbandaran ) nak buat kite kena datang berkali2 ( mungkin SOP dorg diupdate aku tak pasti). Suntikan typhoid tu pulak kalau tak silap aku 2 tahun atau 3 tahun sekali . kalau korg nak buat korg kene g klinik swasta then dorg kene check stok dorg . kalau ada stok korg boleh inject time tu jugak la kalau tak de kene tunggu klinik tu order . selalu aku pegi klinik swasta kalau satu klinik tu tak de kene carik klinik lain . harga tak sama setiap klinik . ada yang RM30-35 atau RM50. suka hati doc tu je kan nak charge mungkin ikut PHD sape paling mahal lol :p . kursus pengendali makanan lak makan masa dalam 3 jam cam tu depends la . tapi benda yang sama jugak (nangis dalam hati).

Tu semua pasal lesen . Belom lagi ujian lain . biasa lah kita org melayu sesama melayu ni bukan boleh kan nengok orang senang . kali ni mak aku di uji lagi . besar ye dugaan nak menghadap orang2 macam ni . kenapa aku cakap "orang2" bukan "org" sebab majority ye kawan2 . kene fitnah, kene buatan orang, ganguan sampai customer larik nampak benda bukan2 kat kedai . yang part ni aku malas nak crita pepanjang. korg bersiap sedia lah dengan orang yang sakit hati dengki busuk hati ni semua . sebab tu hati kene kuat kalau nak berniaga lagi2 kalau org nampak korg pakai kereta baru hasil dari perniagaan korang . 

Berniaga ni penat . dulu aku cm tak suka mak aku berniaga sebab penat aku kene tolong kahkahkah dasar sangat kan tapi bukan aku benci sebenci benci nya .lama2 aku sedar dari mak aku berniaga aku belajar banyak benda weh . terutamanya memasak . buat kerja cepat . aku tau harga barang . eh memacam la kan . ngeee best tau berniaga ni tapi kene kuat ye heheheh .

P/s: korang kalau nak order nasik lemak untuk sekolah ke taska ke untuk jamuan ke boleh la order kat kakak aku RM1 je untuk sebungus Nasik lemak, Bihun goreng, Mee goreng, kuih muih 3 seringgit sahaja . Nasik ayam pon boleh jugak kalu nak order . ctc no : 017-2077646 (sue) / 017-2110664 (nia) mak aku la yang masak aku ngn kakak aku tolong antar / ambil order je mihmihmih . ok bye terpromote pulak kan :p

Monday 30 June 2014

Puasa

Assalamualaikum :')

Alhamdulillah dah masuk hari ke tiga kita berpuasa :) aku nak citer pasal pengalaman puasa aku masa kecik kecik dulu . aku sendiri tak hingat bila aku start puasa penuh tapi aku ingat sampai sekarang mak aku punya marah bila dapat tau aku tak puasa perghhh pestime weh nengok mak aku tegas terhadap diri ku ini. masa tu aku mana ada adik lagi merasa jugak la aku jadik bongsu selama sepulohtahon . so masa main2 dengan kekawan aku dorg tu biasa lah ada yang tak puasa makan jajan twistis cheese depan aku pastu makan eskem malaysia tu ko mampu ke nak tahan weh pastu aku terserempak dengan kakak aku time tu la aku merayu buat muka macam usus tercabut mintak izin nak puasa setengah hari padahal aku tak tahan nengok kekawan aku tu ha cis!

Masa nak berbuka tu mak aku ada beli ayam percik. kakak aku saje la bg tau mak aku yg aku tak puasa pastu mak aku naik hantu terus kena denda tak boleh makan skali . makan masa lepas dorg habis makan aku duduk la dalam bilik lobang idong kat tepi pintu hambek bau ahahahaha sedihhh. masa dorg baru berbuka mak aku panggil makan . terloncat aku depan makanan hewhewhew sekejap bebenor dendanya mak aku kasik kuikuikuitapi lepas pade tu memang puasa penuh kot ehehehe

Masa kecik kalau pegi bazar ramadhan mesti carik popia, kuih buah melaka atau badak berendam . sekarang ni tak teringin dah semua tu sebab mak aku meniaga kat bazar ari2 menghadap makanan tu smua . air jelah aku carik sekarang .ayam percik ke kepak ayam madu ke aku jeling2 je :p

Sebelum terlupa aku nak ucap kan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa semoga bulan yang mulia ni kita dapat collect pahala bebanyak mihmihmih aku mintak maaf kalau ada silap dan salah kat korang semua . yang buruk datang dari diriku ini yang baik semua dari Allah :)


Wednesday 25 June 2014

Perihal kakak

Assalamualaikum... :')

Amboi kemain entry "perihal kakak" yelah aku ade sorg je kakak kan. kakak aku nak kawen dah rasa sedih pulak tgk minah tu nak kawen . masa aku kwen ko sedih tak kak ? kahkahakah . kongajo sangat kalau tak sedih . aku risau pon hade sbb kakak aku ni keras kepala . tegur sikit merajuk . sensitip. naseb la laki ko dapat ko goreng ikan pon cuak sebab dulu mak aku goreng ikan dia masuk dapur ikan tu meletup kene sebelah mata . fobia dia sampai sekarang weh . melampau betol. hari tu aku goreng telur mata dia tgh cuci pinggan singki lak sebelah dapur hahahah telur tu meletup2 dia soh aku tutup. aku lak blur nak tutup ape kan biar jelah telur tu skali dia jerit weh emo terus aku gelak dia sound "diam la!" eh ko ni aku nk gelak pn tak boley . naseb baik mak aku tak de kalau tak stress je tgk aku ngn dia gado.

Dulu klau kiteorg bergaduh aku ambek t-shirt kesayangan dia aku tarik colar baju dia bagi longgar pastu bila dia balas balik aku meroyan wehhh penat mak aku betulkan balik colar baju aku tu urut dada je lah kan. pernah skali bila gadoh tu dia tolak aku kat almari baju aku sampai tercabut pintu almari aku skali aku blasah dia (aku kan besar dari dia) pastu dia ambek pen nak cucuk aku aku tahan la dengan tapak tangan berlobang weh kulit aku !!! masa tu aku syak kakak aku ni gila campur pembunuh ahahahah pastu mak aku tak tahan sangat dia masuk bilik belasah aku padahal kakak aku yang salah ! 

Barang sekolah lak kalau bergaduh aku renyukkan baju sekolah dia yang licin dah bergosok tu atau pun aku ronyok kan paper work dia pastu nak masuk tidur tak boleh lelap pulak mata ni rasa bersalah aku pun pegi la gosok balik kertas tadi ahahahahha :D

Tapi dalam masa yang sama aku rasa kakak aku ni paling la sabar ngn aku aku pun adik yg paling sabar utk dia bila aku dah kawen ni mana ada lagi bergaduh . aku bukan ape aku geram la ngn dia aku tak puas hati sbb mak bapak aku asik belasah aku je bila gaduh walaupun salah kakak aku . sekarang ni kalau adik aku bergaduh aku belasah je dua dua . KAK NIA ADIL, GARANG dan SAKSAMA . 

Berbalik cerita pasal kakak aku aku benci weh p memana org syak aku kakak, kakak aku adik sebab aku besar dari dia pftttt ape pon tak boleh . tapi bila aku nak kawen ingat pulak dorg siap cakap "eh adik kawen dulu?" eh eh eh hahahaha sabor jelah mak incik . last week pegi jalan tar carik kain utk raya . pastu carik baju nikah terus . dia nak colour pink2 cair katanya pastu nampak baju melayu lelaki dia nak beli terus . aku ckp la baik ko crik baju ko dulu dah jumpa baru boleh confirm nak colour ape . baik beli baju siap terus senang jimat . sekarang ni fesyen baju kurung cantik2 klau nak meriah lagi tambah je manik sendirik apa guna ko study jahit2 dulu tu. gitewww aku kan garang . ahahahhahaha :p skali jalan nampak baju tu cantik kakak aku pun suka sekali tanya RM800 kat semua house pastu survey2 jelah kat tempat lain pulak terus jumpa baju tu cantik colour cream . RM135 je uolss sesuai sangat untuk nikah . tingal buat veil je . eh sedih pulak la kan dia tu betol ke nak kawen ? dia bukan betol sangat ahahaha kongajo ! eh panjang pulak kite kutuk kakak sendirik . In Sha Allah nanti aku up pasal hantaran semua nak buat macam mana ye. aku kan orang kuat . lawlsssss :P

fuyooooo cun la veil nih nk jugak cm tuh kak ko buat cm ni okeh hahahaha(gambar dari gugel)



Monday 23 June 2014

akuupdatebelogbaqhang

Assalamualaikum... :')

Lama tak update blog walaupun takde follower dan mungkin takde yang membaca tetap nak membebel hiii :P Alhamdulillah tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. rasa teruja sebab suami dapat bercuti tahun ni Alhamdulillah... persiapan pun tak buat apa2 lagi sebab tahun ni macam nak siapkan keluarga ibu bapa dan family in law dulu baru fikir diri sendiri dan suami heee In Sha Allah klau ada rezeki . cuaca pn tak elok sangat sekarang kan nak puasa ni macam2 dugaan yelah kite ni asthma susah nak buatt aktiviti kat luar sobsss... eh nak bagi tau kite baru je buat IG semalam follow la kite kat "nialengluimeh" kahkahkahkah :p

 Daun kunyit tanam 3 pasu senang nk merendang raye nanti :p