Sunday 31 March 2013

Rahsia Allah


Assalamualaikum and hai :’)




Hati ini mungkin terlalu kecil untuk menyimpan semua perasaan. saya bersyukur kerana mempunyai ibu bapa dan keluarga mertua yang sangat terbuka dan positive . Alhamdulillah . Terima kasih Ya Allah :') . Sesiapa sahaja yang sudah berkahwin pasti inginkan Cahaya mata. Jodoh, ajal maut, rezeki, bahkan hari kiamat adalah rahsia Allah. Saya percaya. Sehingga kini saya dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata. perasaan saya ? hanya Allah yang tahu. baru2 ini saya ditanya oleh seorang makcik , disebelah saya adalah MIL .


makcik : kau ni takde pape lagi ke ??? (Sambil memandang perut saya dengan muka yang sinis)
saya : OTW (senyum , hati bagai ditikam. rasa nak berlari ke arah suami peluk dia cium ketiak dia untuk tenangkan hati yang telah ditikam)
MIL : belum masa dia untuk tuhan (allah) bagi dia zuriat . biarlah dia kerja dulu . 
makcik : ke...merancang ? ataupun... taknak ?
saya : mana ada makcik (diam)
MIL : buat apa nk merancang . bukan dia tak nak . bukan dia tak usaha . cuma belum masa dia lagi nak buat macam mana . doa je yang baik2 . 
makcik : (diam seribu juta ratus bahasa) 
 
 

 
terharu dengan MIL yang sangat memahami saya . keluarga saya sendiri pun ada bertanya . tipulah kan kalau saya kata keluarga saya tak bertanya . tapi mereka bertanya sekali sahaja . saya faham mereka menjaga hati saya . saya juga faham mereka semua benar2 ingin kan seorang cucu . saya sendiri pun sangat2 nak anak . doakan saya semoga cepat diberi zuriat yang soleh dan solehah . mana lah tahu kan saya mengandung kembar mihmihmih :') 

Saya sangat bahagia . Alhamdulillah . jika saya ada anak berganda ganda bahagia insyaallah amin .... Doakan saya ya :')

Nasi lemak daun pisang bersama sambal sotong


Assalamualaikum and hai :’)







Hujung minggu macam ni saya memang akan masak untuk suami bawa bekal mihmihmih. Last week suami saya culik saya bawak pergi NSK cari barang dapur dah lah masa tu kenduri sepupu dia haha sempat juga petang tu kami ke NSK bersama kakak ipar . so tetiba ternampak sotong kering. Dalam kepala dah terbayang-bayang sambal sotong perghhhhh. mengancam okey ! . jadinya minggu ni saya pun bersilat la di dapur hewhewhewhew. Malam semalam saya cuci bersih sotong kering tu kemudian saya rendam dan bagi ubat dia sikit je dalam sebesar duit 5sen. Lepastu saya pun bersiap nak pergi ke konsert "astro fiesta mesra belia 1 malaysia" . sempattttt :p sepupu husband saya punya kerja la tu mengajak . mihmihmih :D






Bahan untuk nasi

         2 cawan beras
         1 cawan santan dan 1 cawan air
         1 helai daun pandan – disimpul
         3 hirisan halia
         Sebatang serai – dititik
         secubit garam



 Bahan untuk sambal

         6 sudu besar cili kering (rebus) *
         4 ulas bawang merah *
         2 ulas bawang putih *
         1 biji bawang besar (dihiris bulat-bulat)
          segenggam ikan bilis 
       (dibasuh, dan goreng hingga garing sedikit)
         secubit garam
          sedikit air asam jawa
      garam dan gula

p/s : Bahan bertanda * diblend sekali.
       

 
Bahan sampingan

·              Ikan bilis goreng
·              telur rebus
·              kacang tanah goreng
·           timun



Bahan-bahan sambal sotong kering

        4 keping sotong kering
        8 tangkai cili kering*
        3 ulas bawang merah*
        3 ulas bawang putih*
        2 sudu air asam jawa
        minyak
        garam
        gula

 p/s : Bahan bertanda * diblend sekali.



Cara-cara 

1.      Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa. 
2.      Tumis bahan yang di blend hingga sedikit garing dan pecah minyak. 
3.      Masukkan air asam dan masukkan ikan bilis yang sudah digoreng
         hingga garing sedikit tadi. 
4.      Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat. 


 
Cara-cara (sambal sotong kering)

1.      Rendam sotong kering (seeloknya rendam semalaman)
2.      Hiris sotong (ikut suka)
3.      Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih
4.      Tumis bahan kisar hingga garing
5.      Masukkan sotong dan air asam jawa, kacau sebati.
6.      Masukkan sedikit gula dan garam, biar atas api sederhana seketika.
         Siap untuk dihidang.