Sunday 31 March 2013

Rahsia Allah


Assalamualaikum and hai :’)




Hati ini mungkin terlalu kecil untuk menyimpan semua perasaan. saya bersyukur kerana mempunyai ibu bapa dan keluarga mertua yang sangat terbuka dan positive . Alhamdulillah . Terima kasih Ya Allah :') . Sesiapa sahaja yang sudah berkahwin pasti inginkan Cahaya mata. Jodoh, ajal maut, rezeki, bahkan hari kiamat adalah rahsia Allah. Saya percaya. Sehingga kini saya dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata. perasaan saya ? hanya Allah yang tahu. baru2 ini saya ditanya oleh seorang makcik , disebelah saya adalah MIL .


makcik : kau ni takde pape lagi ke ??? (Sambil memandang perut saya dengan muka yang sinis)
saya : OTW (senyum , hati bagai ditikam. rasa nak berlari ke arah suami peluk dia cium ketiak dia untuk tenangkan hati yang telah ditikam)
MIL : belum masa dia untuk tuhan (allah) bagi dia zuriat . biarlah dia kerja dulu . 
makcik : ke...merancang ? ataupun... taknak ?
saya : mana ada makcik (diam)
MIL : buat apa nk merancang . bukan dia tak nak . bukan dia tak usaha . cuma belum masa dia lagi nak buat macam mana . doa je yang baik2 . 
makcik : (diam seribu juta ratus bahasa) 
 
 

 
terharu dengan MIL yang sangat memahami saya . keluarga saya sendiri pun ada bertanya . tipulah kan kalau saya kata keluarga saya tak bertanya . tapi mereka bertanya sekali sahaja . saya faham mereka menjaga hati saya . saya juga faham mereka semua benar2 ingin kan seorang cucu . saya sendiri pun sangat2 nak anak . doakan saya semoga cepat diberi zuriat yang soleh dan solehah . mana lah tahu kan saya mengandung kembar mihmihmih :') 

Saya sangat bahagia . Alhamdulillah . jika saya ada anak berganda ganda bahagia insyaallah amin .... Doakan saya ya :')

No comments:

Post a Comment