Monday 18 November 2013

2nd ANNIVERSARY - KHAS UNTUK SUAMI TERSAYANG


Assalamualaikum…


Pertama skali aku ingin mengucapkan syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurniannya dapat aku hidup di muka bumi ini bersama insan yang tersayang . Allhamdulillah terima kasih ya Allah kerana memberi aku sebuah keluarga yang maha penyayang dan memahami dari segala sudut. Memberikan aku sebuah keluarga mertua yang memahami, memberi seorang suami yang bergitu sempurna di mata aku , En. Norazmi Mohd Amin yang setia dengan aku sabar dengan aku. 



Dalam usia perkahwinan yang telah mencecah 2 tahun pada hari ini (19/11/2013) masih terniang2 di telinga masih terbayang2 dimata bagaimana suasana pernikahan aku dan dia. Tak sangka dua tahun sudah mahligai yang dibina ini . mahligai yang penuh dengan kasih sayang seorang suami. Kelembutan dia melayan aku . tinggi suara ? tak pernah . yang ada hanya kelembutan suaranya . gelak tawa yang sering aku sambut apabila dia bercanda .





Kadang kala langit tak selalu nya cerah. Biarpun kita bahagia pasti ada setitis air mata yang jatuh menyembah bumi tanda kita sedang berada pada emosi yang di bawah dan sujud menyembah DIA memohon segala nya agar kembali pada keadaan yang bahagia tanpa ada air mata, rajuk yang menerpa jiwa . Walaupun hanya beberapa minit. Itu adalah mainan rumahtangga orang tua bilang.




Untuk suami, aku harap hubungan yang dibina kekal hingga akhir hayat. Semoga Allah melindungi kita sekeluarga. Semoga kita mendapat zuriat yang soleh dan solehah AMIN…