Monday 18 November 2013

2nd ANNIVERSARY - KHAS UNTUK SUAMI TERSAYANG


Assalamualaikum…


Pertama skali aku ingin mengucapkan syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurniannya dapat aku hidup di muka bumi ini bersama insan yang tersayang . Allhamdulillah terima kasih ya Allah kerana memberi aku sebuah keluarga yang maha penyayang dan memahami dari segala sudut. Memberikan aku sebuah keluarga mertua yang memahami, memberi seorang suami yang bergitu sempurna di mata aku , En. Norazmi Mohd Amin yang setia dengan aku sabar dengan aku. 



Dalam usia perkahwinan yang telah mencecah 2 tahun pada hari ini (19/11/2013) masih terniang2 di telinga masih terbayang2 dimata bagaimana suasana pernikahan aku dan dia. Tak sangka dua tahun sudah mahligai yang dibina ini . mahligai yang penuh dengan kasih sayang seorang suami. Kelembutan dia melayan aku . tinggi suara ? tak pernah . yang ada hanya kelembutan suaranya . gelak tawa yang sering aku sambut apabila dia bercanda .





Kadang kala langit tak selalu nya cerah. Biarpun kita bahagia pasti ada setitis air mata yang jatuh menyembah bumi tanda kita sedang berada pada emosi yang di bawah dan sujud menyembah DIA memohon segala nya agar kembali pada keadaan yang bahagia tanpa ada air mata, rajuk yang menerpa jiwa . Walaupun hanya beberapa minit. Itu adalah mainan rumahtangga orang tua bilang.




Untuk suami, aku harap hubungan yang dibina kekal hingga akhir hayat. Semoga Allah melindungi kita sekeluarga. Semoga kita mendapat zuriat yang soleh dan solehah AMIN…

Tuesday 30 July 2013

Sup Tulang


Assalamualaikum :’)

Lama tak hapdet bukan tak masak tapi penyakit “M” datang dia tak bagi online gamaknya muahahaha . puasa pun saya senyap ekekek kat fb ade la up gambar2 bagai kat blog maap ye. Nak on kat office pun tak boleh . busy bebeno le teman ni ekekekeke sabo jelah kan… resepi kali ni pun saya masak sebelum puasa.

Cakap pasal puasa macam mana korg puasa tahun ni seronottt ? saya bulan puasa ni lepas balik kerja terus terbang g umah mak saya . tolong dia berniaga di bazar ramadhan… tu pun kalau suami shift malam . yelah kalau saya balik umah, berbuka sesorg . sadis ! kalau suami shift pagi saya balik2 terus bersilat kat dapur tak sempat nk mandi dulu ke hape. Pic pun tak sempat la nk hambek kan kang kene bahan lak ngn suami haha. Lagi pun siap masak dah pkl 7.15pm hoiiii haha. Nak beli kat bazaar rasanya suami saya suka home cook katenyeeee. Tapi ada la sesekali g bazar tu suami kata nk beli sup daging . sampai rumah saya hidang dagingnye lahaiiiiii lemak aje yang Nampak.

Jadi kesimpulannya saya nak share sup tulang yang berbaloi2 ehehehe resepi ni pun saya gugel aje mihmihmih! Kejadiannya ? Alhamdulillah sedap. Sup nya yang ringan , panas dan pedas bila dihirup mmg umpphh la :p 






Bahan - bahan


● setengah kg tulang lembu (saya guna tulang rusuk)
● 4 biji bawang merah  *
● 2 ulas bawang putih  *  
● 2 in halia diketuk*
● sehiris lengkuas*
● 10 biji cili padi*
● 3 sudu besar rempah sup serbuk
● 1 1/2 sudu besar lada hitam ditumbuk *
● 3 biji ubi
● 1 biji lobak merah
● garam dan gula secukup rasa
● air secukupnya
● bawang goreng dan daun sup

Tumbuk bahan bertanda *

Bahan penumis :

5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang


Cara-cara :

1) Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah         sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

2) Ceduk keluar bahagian berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibahggian atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..

3) Tumis bahan yang ditumbuk sehingga pecah minyak dan masukkan rempah sup serbuk yang dibancuh dengan sedikit air. Sentiasa kacau hingga rempah betul2 masak.

4) tuang bahan yang ditumis kedalam air rebusan daging dan masukkan lobak merah dan ubi kentang. Masak hingga kentang empuk Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi.

5) masukkan garam dan sedikit gula mengikut cita rasa masing2.

Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.


Saturday 25 May 2013

Sambal Belacan Mangga Muda


Assalamualaikum and hai :’)





Gluppp (telan ayaq liur) aduii tak tahannya lah tengok mangga muda ni -.- ! Tengah hari ni korang lunch apa ? hehe saya hari ni goreng ikan kerisi sayur bayam tumis dengan sambal belacan mangga muda saje . dah berapa minggu sebenarnya mengidam mangga muda ni huhu malam tadi jumpa kat pasar malam terus la beli 2 biji .glup sekali lagi haha



 
Bahan-Bahan :-
-          Sebiji mangga muda
-          7 biji cili api merah
-          1 biji cili besar
-          Setengah inci belacan digoreng / dibakar
-          Setengah biji bawang merah besar


Cara-Cara :-
1)      Tumbuk semua bahan (kecuali mangga)hingga halus
2)      Masukkan mangga gaul dan gaul rata
3)      Perasakan dengan sedikit garam



 
Gluppp  -.-!





Nasi Goreng Ala Bujang




Assalamualaikum and hai :’)

Dah lama tak letak “gambar makanan” sampai ada kawan2 yang bertanya saya tak masak ke ? sebab dah lama tak Nampak saya upload gambar makanan and recipes . bukan saya tak masak, saya masih memasak seperti kebiasaannya cuma masa tak mengizinkan  untuk semua itu sobs . 




Semalam buat ice cream itu pn saya rasa malas sangat nk upload haih next entry la ye hewhewhew…. Pagi ni mood rajin pulak nak upload something simple pulak tu hehehe pagi ni saya masak nasi goring ala bujang . eh apesal nama bujang pulakkan ? hehe sebab bahan dia memang ringkas. Adik2 sekolah pun boleh masak sendiri bawak bekal g sekolah … So ape tunggu lagi jom usha recipes :D



 
Bahan - Bahan :- 
- 4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji cili api –boleh tambah ikut selera
1 sausage
-   Sayur campur (saya guna 2 inci carrot dan 3 sudu jagung)
-   Daun bawang – optional
-   Sebiji telur
- 3 cawan nasi sejuk

*Hiris halus




 Cara-Cara :-


 1)   Panaskan kuali dengan sedikit minyak, masukkan bahan yang di hiris hingga
       naik bau
 
2)   Masukkan cili, sausage dan sayur campur kacau rata hingga sedikit masak

3)   Masukkan nasi kacau sebati dengan api sederhana

4)   Ketepi kan nasi disisi kuali (kosongkan bahagian tengah kuali)

5)  Letakkan sesudu minyak di tengah2 kuali kemudian pecahkan telur dan dibiarkan seketika. Setelah telur sedikit masak baru digaul dengan nasi dan perasakan dengan garam masukkan daun bawangyang dipotong halus.


p/s : Kalau kawan2 nak masukkan bahan lain pun boleh jugak macam ayam ke sotong ke  udang ke . sayur pun terpulang nak masukkan sayur apa mengikut selera masing2..

     Selamat mencuba :D