Wednesday 24 April 2013

Adab


Assalamualaikum…hai :’)


Wah tajuk ADAB kate koo hekhekhek... bukan apa semenjak dua menjak ni saya perlu berhadapan dengan orang yang kurang adab . PERLU kah ?! mesti korang akan ckp “ala biasa la tu … dia memang mulut cam tu takde lesen tapi dia okey la” whathefish! Well hellowwww I tak cakap pun yang dia tu semua tak ok, Cuma bila orang Tanya kita, kita jawab la elok2. jangan la buat orang tu sakit hati atau terasa hati sebab kita tak tau hati orang tu macam mana kan ?

Contoh .

Minah :  hujan lebat payung lupa nak bawak la kak joyah humm . agak2 kedai pak ayob tu ada jual payung tak ? sebab saya ada member card senang la dapat point kalau beli kat kedai pak ayob tuh.

Joyah :  ada kot tapi ko MUAT ke ? kat kedai leman tu ada kot kat tingkat 5. lawa2 payung dia rm5 je.

Minah : (tak pernah aku pakai payung tak muat . sentap ! ) saya tak kisah mahal ke murah saya nak yang tahan lama .

Joyah : tapi kedai pak ayob tu mahal la belas-belas ringgit tau .

Minah :  tak pe la saya g tengok kat kedai pak ayob jela mungkin payung dia tahan sikit.


Pasal payung je tanpa kita sedari kita dah buat orang terasa hati banyak lagi situasi yang berlaku dalam seharian kita kan . sebagai manusia kita memang tak boleh lari dari kesilapan . tapi kan elok kalau kita elak-elakkan diri dari bercakap benda yang membuat orang terasa hati . banyak lagi jawapan yang mungkin membuat orang tu senang . orang lain kalau tak jaga hati dia , orang lain mungkin dah Tanya dia “eh muka ko pecah la ko pakai produk apa eh ? tapi ko perasan je ko cun” boleh ke cakap macam tu ? tak baik wohh ! jangan okeh ! mungkin takde lagi orang yang cakap macam tu dengan si joyah sebab tu la mulut dia sangat Celup ! . senyum jelah hihihi

XOXO !

Popia Goreng


Assalamualaikum…hai :')



Hujung minggu tempoh hari saya buat popia untuk minum petang sebelum suami pergi kerja . suami saya ni hujung minggu pun bekerja sobs . jadi quality time untuk berdating adalah sangat terhad sobs lagi sekali . saya pun kedapur siap kan bahan2 membuat inti popia sambil menunggu kain yang di basuh kat wash machine tu siap . untuk popia ni saya menggunakan inti yang sangat simple . popia ni saya guna carrot dan sengkuang je mihmihmih . ikut lah pada citarasa masing2 ye nak letak inti apa-apa pun boleh :’)



popia ni banyak so yang lebih2 tu saya buat frozen nak makan baru saya goreng . puas hati la kan dapat banyak kalau masak sendiri. kalau beli harga sekarang pun 5biji RM2 kan. tak puas pulak tu makan  haha.. tak rugi pun mauk dapur, takdenye tangan tu kasar kalau selalu masuk dapur  suami makin sayang ade lah  mihmihmih :') resepi ni tersangat la simple tapi sedap sangat2 saya masak

Bahan – bahan

·          Sebungkus kulit popia (tak ingat berapa helai dalam tu)
·          2 Batang carrot saiz sederhana .
·          1 Biji sengkuang
·          1 biji Bawang merah kecil *
·          1 biji bawang putih *
·          1sudu kecil udang kering yang telah di kisar kering
·          1sudu tepung jagung campurkan dengan sedikit air (gam)

p/s : tumbuk halus bahan yang bertanda *


Cara – cara

1)       potong carrot dan sengkuang memanjang dan sedikit halus (jangan terlampau tebal), cuci bersih dan toskan
2)       panaskan kuali dengan sedikit minyak .
3)       tumis udang kering hingga naik bau dan sedikit garing
4)       masukkan bahan yang ditumbuk halus
5)       masukkan carrot dan sengkuang . tumis hingga sengkuang keluarkan air .
6)       perasakan, tutup api dan sejukkan sebelum diguna.
7)       Letakkan sedikit inti pada kulit popia dan gamkan dengan air tepung jagung . ulang proses yang sama hingga siap.
8)       Goreng kedalam minyak yang panas dengan api sederhana hingga kekuningan angkat dan tos kan.



Bahan – bahan Sos cili

·          10 tangkai cili kering (direndam air panas)*
·          1 cawan air
·          2 sudu besar kicap pekat manis
·          3 sudu besar Sos cili
·          2 sudu besar gula pasir
·          1 biji Bawang merah kecil *
·          1 biji bawang putih *
·          ½ inci halia*
·          1sudu tepung jagung campurkan dengan sedikit air
·          Garam secukup rasa

p/s : blend bahan bertanda *


Cara – cara

1)       Tumis bahan2 blend dengan 1 sudu minyak .
2)       Masuk kan air, sos cili dan kicap manis
3)       Masak hingga mendidih masukkan gula dan garam
4)       Akhir sekali masukkan air tepung jagung mengikut kepekatan yang anda inginkan.


Selamat mencuba ! :’)








Tuesday 23 April 2013

Bila Nia Berbicara


Assalamualaikum … hai  :’)

Kita sering kali diberitahu oleh orang sekeliling kita bahawa kita akan mengenali perangai pasangan kita selepas berkahwin . ada betulnya . sama ada ianya positif atau negative kita harus menerima pasangan kita dengan ikhlas . tidak semua insan sempurna :’). Sesetangah orang dia akan mencari pasangan yang kacak / kaya / baik / kuat agama / romantic / suka bagi bunga / suka belanja pizza dll  LOL :p

Suami saya memang tak kan tunjuk romantic ke hapa ke depan public . dia cakap dia malu . saya pun pelik jugak kenapa dia malu ? saya ni tak cantik kot ? *menangis sentap haha !

Pada saya sebelum berkahwin, saya hanya melihat bagai mana dia melayan keluarga dia terutama EMAK nya :p . dia pernah beritahu saya bahawa jangan sesekali meninggi suara dan melawan cakap orang tua kerana dia tak pernah buat macam tu ! fuyooooo !!! yelah dia kan dah tua umo 24 , saya pula budak belom habis sekolah umo 17 . redha la berkawan dengan orang tua ni -.-!


Seronok kawin muda ni sebenarnya . saya tak terkejut jika ada orang bertanya pada saya

a)best ke kawin awal ?
b) susah tau kawin muda ni nak kene buat itu ini , tak boleh pegi sana sini…
c)tak enjoy la hidopp kalau kawin awal
d)ko reti ke nak layan suami
e)kene bangun pagi2, kemas rumah, masak, buat semua kerja rumah eiii rimas !


jawapan saya  :

a)      best la kawin . Alhamdulillah seronot sangatt hawihawi (hari2) kite jumpe suami . dulu seminggu sekali   jew tu pn g kedai mamak ukay perdana je pas tu dia anta kite balik . sekarang kua sama2 balik sama2 uihhhh mane nak dapat hoiii gembira kot !!!! hehehehe
b)      Alhamdulillah setakat ni suami bagi saya keluar dengan kawan2 lagi sebab dia percaya saya boleh jaga diri , jaga maruah , nama keluarga huhu :p
c)      Alhamdulillah saya enjoy sangat . berfoya2 di kedai makan dengan suami balik tengah2 malam … suami yang tanggung kita dari A sampai Z hoi ! ko kawen la sekarang . best tahu ?!!! heeee :p
d)      Macam mana kita jaga keluarga kita, macam tu jugak la kita jaga rumah tangga kita layan jela bukan susah pon ! layan bf ko reti layan suami ko tak reti ? apakah ??? layan suami dapat pahalaaaaaaaaa Allah sayangggggggg . best tak ? hehe
e)      So far kalau saya bangun lambat pun suami tak bising . dia sangat memahami saya . *terharuuuu :p . dah rumah kita memang la kene kemas. Tak kan nak kemas rumah jiran sebelah puloq ? kuasaa . pasal masak pulak memang saya tak biasa nk makan luar . tak suka tengok suami makan hasil air tangan orang lain . tapi sekali sekala kami makan kat kedai jugak . bukan tak pernah tapi jarang . nak rumah tangga bahagia tak adik2 ? rajin2 la jaga perut suami . dan jawapan terakhir ialah , saya ni malas bebeno nak bersenam keluarakan peluh mungkin sebab itu lah hikmah nya saya kemas rumah ni pun dah berpeluh2 macam bersenam . jantung sihat otak sihat keluarga bahagia  gitewwww 


         happy reading :')

Thursday 11 April 2013

Biskut Coklat chip


Assalamualaikum … hai :’)


Hari ni saya letak resepi biskut coklat chip yang saya buat beberapa bulan yang lepas. Biskut ni saya kurangkan manis sebab adik saya sakit gigi -.- dia nk makan biskut coklat chip jadi saya memang kurangkan kuantiti gula heee saya tambahkan susu tepung untuk rasa kesusuan lemak sedikit . semua yang rasa biskut ni kata agak tawar tapi adik saya cakap sedap sangat-sangat. Habis sebalang dikerjakan hewhewhew buat pun tak banyak dapat la dalam 1 ½ balang biskut :D



 


Bahan bahan
  


  2 ¼ cawan tepung gandum *
  1 sudu kecil serbuk koko *
  ½  sudu besar tepung jagung *
  ½  sudu kecil soda bicarbonate *
  2 sudu besar susu tepung *
  150 gm mentega - suhu bilik
  50gm gula kastor (resepi asal 120gm / 150gm gula castor)
  40gm gula perang
  1/2 sudu kecil asen vanilla 
  1 biji kuning telur
  1 cawan coklat chip (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa)
  40gm badam cincang



Cara-cara

1.  Ayak bahan yang bertanda *, ketepikan
2.  Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang
3.  Masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul lagi .
4.  Masukkan bahan yang telah diayak tadi mengunakan spatula hingga sebati
5.  Masukkan coklat chip dan badam cincang
6.  sudukan atau bulat-bulatkan dan susun di atas dulang pembakar.
     jarakkan lebih kurang 2inc .
7.  bakar pada suhu 160'c selama 25minit mengikut kepanasan oven dan 
     mengikut saiz biskut .




Selamat mencuba ! :')



 

Monday 8 April 2013

ice cream malaysia perisa buah roselle


Assalamualaikum and hai :’)


Ice cream ni lama dah buat sebenarnya saja nak post kat sini supaya boleh dijadikan rujukan kawan-kawan yang mahu mencuba mihmihmih . buah roselle ni saya sering jadikan sebagai minuman kordial tapi suami pula teringin nak makan ice cream Malaysia . jadi saya pun mula la operasi mencari plastic ice cream Malaysia yang ada gambar kingkong tuh . ice cream malaysia sekarang ni susah sikit nak jumpa tapi plastic dia kemain merata-rata kedai runcit ada jual heee . nak buat pun senang sangat-sangat.




bahan-bahan (kordial)

  • 300gm buah roselle
  • 1 ½  botol besar air mineral ( anggaran sahaja)
  • 1kg gula pasir


Cara-cara

    1. potong buah reselle kepada 2 bahagian . buang biji dan basuh bersih.
    2. didihkan 1 ½ botol besar air bersama gula. Apabila gula sedikit larut masukkan kesemua buah roselle yang telah dicuci bersih. Masak hingga agak pekat.
    3. sejukkan dan boleh disimpan di dalam botol untuk dijadikan  kordial. Campurkan lebihkurang 5 sudu bersama air sejuk di dalam gelas dan sedia dinikmati (cewah :D )


cara-cara (ice cream Malaysia)

1.       tuangkan cordial roselle ke dalam jug bersama air masak mengikut citarasa masing2.
2.       isikan air roselle ke dalam plastic ice cream Malaysia dan ikat ketat.
3.       bekukan .


 Selamat Mencuba ! :')