Monday 8 April 2013

ice cream malaysia perisa buah roselle


Assalamualaikum and hai :’)


Ice cream ni lama dah buat sebenarnya saja nak post kat sini supaya boleh dijadikan rujukan kawan-kawan yang mahu mencuba mihmihmih . buah roselle ni saya sering jadikan sebagai minuman kordial tapi suami pula teringin nak makan ice cream Malaysia . jadi saya pun mula la operasi mencari plastic ice cream Malaysia yang ada gambar kingkong tuh . ice cream malaysia sekarang ni susah sikit nak jumpa tapi plastic dia kemain merata-rata kedai runcit ada jual heee . nak buat pun senang sangat-sangat.




bahan-bahan (kordial)

  • 300gm buah roselle
  • 1 ½  botol besar air mineral ( anggaran sahaja)
  • 1kg gula pasir


Cara-cara

    1. potong buah reselle kepada 2 bahagian . buang biji dan basuh bersih.
    2. didihkan 1 ½ botol besar air bersama gula. Apabila gula sedikit larut masukkan kesemua buah roselle yang telah dicuci bersih. Masak hingga agak pekat.
    3. sejukkan dan boleh disimpan di dalam botol untuk dijadikan  kordial. Campurkan lebihkurang 5 sudu bersama air sejuk di dalam gelas dan sedia dinikmati (cewah :D )


cara-cara (ice cream Malaysia)

1.       tuangkan cordial roselle ke dalam jug bersama air masak mengikut citarasa masing2.
2.       isikan air roselle ke dalam plastic ice cream Malaysia dan ikat ketat.
3.       bekukan .


 Selamat Mencuba ! :') 





No comments:

Post a Comment