Thursday 17 July 2014

Al- Fatihah MH17

Assalamualaikum..

Hari ni terasa down sangat sepas sahur mcm biasa tgk tab yang suami tgk fon dia . aku first msti check whatsapp baru bukak FB lepastu suami aku ckp ada kapal terbang terhempas pastu aku pun macam tak percaya sbb tgk video tu cm "eh bukan lah" "eh tipu je kot tu" lepastu bila aku bukak FB mengucap panjang :( seriously aku mmg tak sangka semua tu reality bukan fantasy.

Allahuakbar Allah Maha Besar. besarnya dugaan untuk ahli keluarga mereka. aku yang tak tak de kene mengena pun sedih sangat sangat . terkesan. tak dapat bayangkan situasi dorang kat dalam kapal tu. tapi aku percaya besar hikmahnya dugaan ni. Allah maha pengasih . semua yang terjadi ni bersebab . Allah maha mengetahui...

Tapi aku pelik jugak kalau Korea kata dorg dah tak lalu kat laluan tu sejak March . kenapa kita still lalu. tak kan tak tahu yang tu laluan bahaya ? macam-macam persoalan yang timbul tapi yang paling penting kita doakan lah mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.  :((



Sunday 6 July 2014

RAMAI YANG BERTANYA

Assalamualaikum :')

Ramai yang bertanya kat aku tahun ni jual cookie raya ke tak. aku nengok smua dah start jual cookie raya tapi aku tak de pun cakap apa2 pasal cookie untuk raya kan hikhikhik bukan ape aku rasa tahun ni macam nak cuti jap sebab ape pun aku tak tau tapi bukan malas lah wei grrrr sebab tahun lepas alhamdulillah la order tak menang tangan yang order last minute pun aku layan kan jugak tau siap aku antar sampai depan pintu tak charge pape pun tu smua untuk customer tercinta gitewww .

kek batik

Semua aku buat sendiri tau bila dah dapat hasil tgk cookie dengan cake tu semua rasa berbaloi . penat tu tolak tepi sebab dah minat kan . tapi nak mengeluh pun tak boleh nanti suami dengar terus tak dapat lesen berniaga ahahahahhaha . ouh ye tahun lepas aku buat Almond london je tapi dalam kuantiti yang banyak . sebab tu aku tak berani janji dengan org aku buat cookie itu ke ini ke yelah aku memang buat sesorang so jadi nya aku tak nak tamak aku bagi la job kat orang lain pulak kan . kek pulak aku buat kek batik dengan kek gula hangus je tu pon pitam aku membuatnya ye ! huhu paling banyak kek gula hangus la dalam 60 bijik nak bakar lak 1 per 1 sebab kalau masuk sekali 2 / 3 adunan dorg tak naik dengan cantik. kek batik dalam 40 bijik kot tak ingat la aku huhu.

 kek gula hangus

tahun ni aku mmg nk focus kat family ngn family mertua . buat cookie pun untuk dorg je umah aku tak payah kot sebabnya tak de siapa nak makan kalau makan pun berbulan jugak nak habis tapi sesiapa yang nak order boleh je contact aku untuk kek batik atau kek gula hangus . in sha allah aku buat kan. tapi aku tak hantar dah tahun ni ye . kekangan masa hikhikhik tahun ni nak focus kat suami, family ngn mak ayah mertua . kesian dorg tu yang aku nye bizi buat kek yang laki aku lak keje tak balik2 ahahahah tak menentu sebab keje operation kan plus tahun lepas laki aku tak dpt cuti raya. tahun ni dapat la beraya dengan suami. sebab tu nk focus kat family hikhikhihkhikh .


selamat berpuasa ! :)



Tuesday 1 July 2014

hati kene kuat !

Assalamualaikum :')

Mak aku ada pesan kat aku kalau nak start berniaga atau business hati kene kental tabah dan yang paling penting mental kene kuat . macam family aku masa start berniaga tu mak aku memang start dengan modal kecik . sekarang nak berniaga terutamanya makanan bukan senang weh . nak kene ada sijil SSM, suntikan typhoid . sijil kursus pengendali makanan . macam2 lah . semua tu kene ada untuk dapat lesen berniaga tapi ada je orang berniaga tanpa lesen okey je tak kene apa2 tindakan dari majlis perbandaran  . kenapa pun aku tak tau . majlis perbandaran tak "perasan" kot kedai dorg tu.

Dari situ mental fizikal mak aku diuji . nak buat semua tu korg pikir senang ke weh . banyak prosedur yang ditetapkan korg kene buat . makan banyak masa . krusus makanan tu bukan sekali seumur hidup ye! kursus tu kalau dorg (majlis perbandaran ) nak buat kite kena datang berkali2 ( mungkin SOP dorg diupdate aku tak pasti). Suntikan typhoid tu pulak kalau tak silap aku 2 tahun atau 3 tahun sekali . kalau korg nak buat korg kene g klinik swasta then dorg kene check stok dorg . kalau ada stok korg boleh inject time tu jugak la kalau tak de kene tunggu klinik tu order . selalu aku pegi klinik swasta kalau satu klinik tu tak de kene carik klinik lain . harga tak sama setiap klinik . ada yang RM30-35 atau RM50. suka hati doc tu je kan nak charge mungkin ikut PHD sape paling mahal lol :p . kursus pengendali makanan lak makan masa dalam 3 jam cam tu depends la . tapi benda yang sama jugak (nangis dalam hati).

Tu semua pasal lesen . Belom lagi ujian lain . biasa lah kita org melayu sesama melayu ni bukan boleh kan nengok orang senang . kali ni mak aku di uji lagi . besar ye dugaan nak menghadap orang2 macam ni . kenapa aku cakap "orang2" bukan "org" sebab majority ye kawan2 . kene fitnah, kene buatan orang, ganguan sampai customer larik nampak benda bukan2 kat kedai . yang part ni aku malas nak crita pepanjang. korg bersiap sedia lah dengan orang yang sakit hati dengki busuk hati ni semua . sebab tu hati kene kuat kalau nak berniaga lagi2 kalau org nampak korg pakai kereta baru hasil dari perniagaan korang . 

Berniaga ni penat . dulu aku cm tak suka mak aku berniaga sebab penat aku kene tolong kahkahkah dasar sangat kan tapi bukan aku benci sebenci benci nya .lama2 aku sedar dari mak aku berniaga aku belajar banyak benda weh . terutamanya memasak . buat kerja cepat . aku tau harga barang . eh memacam la kan . ngeee best tau berniaga ni tapi kene kuat ye heheheh .

P/s: korang kalau nak order nasik lemak untuk sekolah ke taska ke untuk jamuan ke boleh la order kat kakak aku RM1 je untuk sebungus Nasik lemak, Bihun goreng, Mee goreng, kuih muih 3 seringgit sahaja . Nasik ayam pon boleh jugak kalu nak order . ctc no : 017-2077646 (sue) / 017-2110664 (nia) mak aku la yang masak aku ngn kakak aku tolong antar / ambil order je mihmihmih . ok bye terpromote pulak kan :p