Tuesday 1 July 2014

hati kene kuat !

Assalamualaikum :')

Mak aku ada pesan kat aku kalau nak start berniaga atau business hati kene kental tabah dan yang paling penting mental kene kuat . macam family aku masa start berniaga tu mak aku memang start dengan modal kecik . sekarang nak berniaga terutamanya makanan bukan senang weh . nak kene ada sijil SSM, suntikan typhoid . sijil kursus pengendali makanan . macam2 lah . semua tu kene ada untuk dapat lesen berniaga tapi ada je orang berniaga tanpa lesen okey je tak kene apa2 tindakan dari majlis perbandaran  . kenapa pun aku tak tau . majlis perbandaran tak "perasan" kot kedai dorg tu.

Dari situ mental fizikal mak aku diuji . nak buat semua tu korg pikir senang ke weh . banyak prosedur yang ditetapkan korg kene buat . makan banyak masa . krusus makanan tu bukan sekali seumur hidup ye! kursus tu kalau dorg (majlis perbandaran ) nak buat kite kena datang berkali2 ( mungkin SOP dorg diupdate aku tak pasti). Suntikan typhoid tu pulak kalau tak silap aku 2 tahun atau 3 tahun sekali . kalau korg nak buat korg kene g klinik swasta then dorg kene check stok dorg . kalau ada stok korg boleh inject time tu jugak la kalau tak de kene tunggu klinik tu order . selalu aku pegi klinik swasta kalau satu klinik tu tak de kene carik klinik lain . harga tak sama setiap klinik . ada yang RM30-35 atau RM50. suka hati doc tu je kan nak charge mungkin ikut PHD sape paling mahal lol :p . kursus pengendali makanan lak makan masa dalam 3 jam cam tu depends la . tapi benda yang sama jugak (nangis dalam hati).

Tu semua pasal lesen . Belom lagi ujian lain . biasa lah kita org melayu sesama melayu ni bukan boleh kan nengok orang senang . kali ni mak aku di uji lagi . besar ye dugaan nak menghadap orang2 macam ni . kenapa aku cakap "orang2" bukan "org" sebab majority ye kawan2 . kene fitnah, kene buatan orang, ganguan sampai customer larik nampak benda bukan2 kat kedai . yang part ni aku malas nak crita pepanjang. korg bersiap sedia lah dengan orang yang sakit hati dengki busuk hati ni semua . sebab tu hati kene kuat kalau nak berniaga lagi2 kalau org nampak korg pakai kereta baru hasil dari perniagaan korang . 

Berniaga ni penat . dulu aku cm tak suka mak aku berniaga sebab penat aku kene tolong kahkahkah dasar sangat kan tapi bukan aku benci sebenci benci nya .lama2 aku sedar dari mak aku berniaga aku belajar banyak benda weh . terutamanya memasak . buat kerja cepat . aku tau harga barang . eh memacam la kan . ngeee best tau berniaga ni tapi kene kuat ye heheheh .

P/s: korang kalau nak order nasik lemak untuk sekolah ke taska ke untuk jamuan ke boleh la order kat kakak aku RM1 je untuk sebungus Nasik lemak, Bihun goreng, Mee goreng, kuih muih 3 seringgit sahaja . Nasik ayam pon boleh jugak kalu nak order . ctc no : 017-2077646 (sue) / 017-2110664 (nia) mak aku la yang masak aku ngn kakak aku tolong antar / ambil order je mihmihmih . ok bye terpromote pulak kan :p

No comments:

Post a Comment