Sunday 14 September 2014

1st time pergi PPUM dan Scan

Assalamualaikum....

Minggu lepas aku dengan suami decide nak pergi PPUM daftar nak bersalin kat sana since pregnancy aku dah masuk 11w so hari selasa  9/9/2014  kiteorg pergi sana pinjam kereta kakak aku . kereta suami aku tak keluar lagi ... haru betol lah kalau tak de kereta ni T_T . jam 8 pagi aku dah mandi siap2 tunggu suami aku balik. dia keluar office 8pagi . shift malam... pastu sarapan dalam pkl 9.30 gerak dari rumah . orang lain kalau nak p hospital ke klinik ke pukul 7 pagi terpacak dah mihmihmih 

masa nak sampai PPUM kat traffic light tu dah buat aku hangin satu kepala ada kereta pesona hitam pompuan yang bawak semua kereta nak masuk PPUM (sebelah kanan) dia lak lorong paling kanan tetiba nak kekiri tak bagi signal main nak masukkk je sikit lagi nak langgar kereta kakak aku . bangang gila . pastu dah masuk kawasan hospital tu mengelupur je nk potong2 kereta orang macam tak reti sabar . terus laki aku cakap nak mampos dah ke tak boleh nak sabar . sebab semua yang masuk hospital ni semua ada sebab dia jangan la pikir diri sendiri . takde nye kereta yang masuk hospital ni sesaje T_T . pastu masa jalan nak g tempat parking tu ade seekor lagi pesona ni punya pandai dah terang tang tang signboard situ tulis "MOTOSIKAL SAHAJA" siap shutter tu tutup sebelah kiri kanan shutter yang tengah je bukak boleh2 nak masuk adoiiiiiiiiiiiiii apakah ?????? ada sepasang suami istri kot jalan kaki masa tu dia tunjuk kat driver tu sign board "MOTOSIKAL SAHAJA" aku rasa nak menangis je tengok orang macam ni T_T . 

masa dah sampai tu aku dengan suami tu masuk nak ambek no giliran macam malu je perut aku tak kedepan yang orang lain aku tgk semua macam nk beranak je hiii sekali ambik no mak aihhh 206 orang kat depan haku ????? tapi rupa2 nya sekejap je tunggu dalam 15 minit je no dipanggil dia tanya period semua mcm mana pastu dia bagi tau due bila datang balik 20/11/2014 daftar tak payah bayar pun . bayar booking masa bulan 11 nanti . pastu aku ckp kat suami "eh masa tu 3rd anniversary kite lah abang" suami aku senyum je hiiii dah habis tu terus g klinik swasta saja nak scan sebab pernah scan tak nampak hape pun sebab dah kencing . so masa nak scan ni aku minum bebanyak eekekek

bila masuk doc panggil tu aku cakap terus "doc saya nak scan tapi saya nak terkencing dah ni" miahahahha pastu doc panggil suami masuk masa scan tu nampak dah alhamdulillah active sungguh baby dalam peyut ni ya Allah.... tak tau nak menangis ke tak masa tu heee doc nak ukur pun tak dapat sebab kejap ke atas kebawah kekiri ke kanan ya Allah..... bersyukur sangat2 tapi gambar tak ambek pun sebab syok sangat tgk dia dalam screen tu heee . suami boleh tak paham nak tengok macam mana sabor jelahhh T_T . Apa2 pun aku bersyukur sesangat dengan anugerah yang Allah bagi . bersyukur sangat2 dapat merasai nikmat ini dengan suami :') Alhamdulillah semoga Allah lindungi dia jaga dia sempurnakan sifat dan hatinya aminnnn......

  Gambar dari google .

lebih kurang macam tu la baby saye heee doc tgk semua okey dari size memang nak masuk 3 bulan doc cakap Alhamdulillah :')

No comments:

Post a Comment