Monday 4 April 2016

Pengalaman Bersalin Part 3


..........Hari ke-2 kat wad. Malam tadi kira hari pertama. Aku masih tak boleh bergerak pagi tu baru dapat minum air . pagi tu nurse check demam takde dah semua ok lepas breakfast doctor plak datang check. Doc inform aku nak jumpa anak kena bangun g NICU. Aku mana boleh bangun lagi malam tadi dah kene lapah perut ni ha T_T masa tu takde rasa pun rindu kat anak. Tah la kenapa . aku masih bersedih kenapa aku kene czer . macam tak boleh terima . mungkin tu la orang cakap hormone lepas bersalin lain macam. Doctor tanya kenapa sedih je puan aku cakap la saya tak dapat jumpa anak lagi (aku tipu sebenarnya aku sedih sebab kene czer) . dia tanya lagi ni makanan pun tak habis kenapa aku tipu lagi aku ckp takde selera padahal taksedap langsung dengan sejuk nya makanan tu ish HAHA 

Pagi tu suami aku call dia cakap dia tengah basuh baju kemas rumah tengah hari nanti dia datang masa tu aku tak sabar2 nk jumpa dia tau . aku nak dia je T_T . bila suami aku sampai hospital aku tak boleh gerak lagi aku baring je . malam tu pulak family aku datang . mak aku peluk aku dia nangis aku nak nangis pun tak boleh sebab perut sakittttt sakit sangat makan pun aku tinggikan sikit katil . dah la kaki panjang katil tak muat ! terpaksa keluarkan kaki aku kat tepi katil HAHA masa tu aku dah try2 la nak duduk walaupun azab nya ya ampun…. Petang tu nurse inform kat suami aku yang baby kiteorang dah di pindah kan ke wad kanak2 . tak de kat NICU dah  jadinya masa family aku datang tu aku ckp nk jumpa baby suami aku mintak lah wheelchair sbb aku tak blh jalan lagi . dalam pkl 9.30 tu kami grak g wad kanak2. Rasa berdebar je nak g jumpa baby masa ni . first date lah katakan heee :’)

Masa otw tu nurse tau dah aku nak jumpa anak aku dia tolak budak yang dia letak kat luar tu ke dalam wad . masa ni masyaallah… aku suruh mak aku ambek adam bagi kat aku . aku bagi salam kat adam . aku tenung je muka dia . muka macam joe . aku sentuh lembut pipi dia . hilang sakit luka perut aku masa ni . pipi merah macam pakai blusher . ada tiub susu kat mulut kesian anak ibu :’( 

firstime jumpa, firstime pegang, firstime dukung, firstime cium, firstime ibu sebut "assalamualaikum anak IBU"

lepastu ibu buka kain yang balut badan adam . ibu nak tgk anak ibu . Allah sedihnya bila tengok tangan adam kene ikat lepastu ada drip cucuk sana sini . ibu pun rasa sakit anak ibu mesti sakit kan sayang :’(





 maafkan ibu sayang . maafkan ibu… :’( ibu tak jaga adam elok-elok ibu cuai :’(


jumpa anak kejap je sbb aku tak tahan duduk lama sangat . family aku pun nak balik dah . malam tu aku rasa meronta2 nak jaga anak aku. Kesian dia kat situ sorang2 :’( bila fikir benda tu lah aku rasa kesian sangat kat dia . call suami aku malam tu suruh dia datang awal sebab aku nk jumpa baby kesian kat baby aku cakap. Masa ni aku tak tau nak panggil adam apa sebab tak terfikir nama pun. Tak pernah discuss nak bagi nama apa hikhikhik :p

pagi tu suami datang doc check luka semua okey je dia cakap klau nak jaga baby boleh je trus check out . apa lagi aku pun laju2 kemas barang mandi tukar baju sementara suami aku urus kan bil. terus g wad kanak2 . happy !!! 

Masa sampai ni lah aku setup tempat aku kemas2 suami aku g ambil breast pump . aku tanya doctor boleh ke bawak breast pump dia cakap boleh . suami aku sampai2 je dia panggil "ADAM" aku toleh belakang ingat dia panggil siapa rupanya dia panggil anak dia . dia cakap "ayang, kita bagi nama MUHAMMAD ADAM RIDZKI ye" aku ok je asalkan ada "RIDZKI" kat belakang tu . memang aku nak nama tu bagi aku dia pembawa rezeki dalam keluarga aku heee :')
 
berseri-seri muka suami dok panggil Muhammad Adam Ridzki anak ayah


masa ni aku nak direct feeding adam tapi dia menangis . nasib baik staff nurse kat PPUM masa ni baik sangt dia tunjuk kat aku cara pegang baby posisi menyusu tapi masa ni aku tengah nak stimulate susu. lagi pun sebab tiub tu nurse pindah kat hidung pulak . merayu2 mintak nurse cabut tiub kat hidung adam masa ni . tapi tak boleh :'( aku pump la susu nurse 2 orang datang bagi semangat :')


 dapat lah banyak ni alhamdulillah bagi adam minum pakai syringe laju dia minum colestrum hiks :')


permata hati boyfriend baru :')


kesian dia macam tak selesa dengan tiub kat hidung tu :'( 

 :')

 
oleh terkeluar tangan dari bedung . jari panjang jari kaki pun sama dah la adam kurusss malam ni dapat jaga adam . ayah kene balik. actually suami boleh stay lambat. mana kita tahu hurmm tak pe adam ada ibu kan sayang :')

 malam tu aku tak giveup aku keep on pumping  hasil sesudu pun dah cukup dah janji dapat tunaikan hak adam . 





jam 1 pagi ada seorang doctor perempuan datang untuk check darah adam . adam menangis kuat ibu tak sampai hati doctor tu perah tumit kaki adam untuk keluarkan darah ibu menangis ibu cakap "sudah la doctor sudah la tu cukup la tu!!!!" doctor tu ckp "maaf puan , sikit sangat ni nanti saya tak dapat result puan saya minta maaf ya puan. anak pertama ya ? dah jadi mak ni puan kene kuat puan" lepastu tak lama tu nurse pulak masukkan antibiotic kat adam . adam nangis lagi . Allahu... ibu rapuh adam. ikutkan hati ibu nak bawa adam lari ! lepas 4 jam doctor tu datang lagi untuk ambil darah selepas masuk antibiotic. ibu menangis lagi semahunya . T_T 

adam kene minum susu 35ml dalam masa 30minit menggunakan syringe. lepastu adam muntah banyak sebab perut adam kecil lagi 35ml terlampau banyak untuk adam :'( tapi nurse cakap klau adam boleh telan 35ml tu esok klau takde apa2 adam boleh balik dah . nurse malam tu dah lah garang tak membantu pun hurmmm . 


adam muntah banyak kesian anak ibu :'(




ibu tak sedar pun ibu tertarik tiub kat hidung adam tu tgk2 dah panjang bila bg tau nurse tu dia cabut je. Yes !adam tak de tiub dah heheheh


 ibu snap pic ni sebab nak tunjuk kat aunty baizura doctor hensem muahahhaha

pagi tu nurse yang tukar shift tu baik sangat dia tolong mandi kan adam dia tolong isikan air ibu panaskan susu adam yg ibu perah .  ibu tidur dia yang jaga adam sebab ibu tak tidur satu malam .
khamis 9 April 2015 pagi tu doc datang check ibu terus tanya dah boleh balik ke doc ? tapi doc tu cakap belum puan , kita tgh tgu result darah yang ambil malam tadi . ibu tak nak dah duduk hospital. tak best kan adam .... bila doc tu nk keluar je nurse tu bawak result yang semua ok. adam takde kuning dah boleh balik yey ! alhamdulillah.... 

dah hensem2 dia boleh prottt ccreettt prooott masa ni nak balik dah :')




Bermulalah kehidupan baru untuk keluarga kita :') bye PPUM ! lagi dua tahun ibu datang balik kahkahkah !!!!









 



No comments:

Post a Comment