Wednesday 23 March 2016

Pengalaman Bersalin part 1


Assalamualaikum....

seperti semua sedia maklum aku dah selamat melahirkan seorang putera pada 6April2015 secara czer di PPUM. ok sebelum tu aku nak story dari awal. korg pun tau aku dah overdue 8hari. seminggu aku dah dok umah doc soh rehat kat rumah sebab anytime je boleh beranak. boring sangat kat umah tak tau dah nk buat apa so isnin 6 hari bulan tu aku decide nk masuk office sebab mengenangkan keje aku pun bnyak tak settel lagi even dah pass kat orang lain. g kerja macam biasa naik bas, naik monorail . 

sebelum grak office sempat selfie pagi tu T_T


tengah hari tu lunch mcD pastu beli jajan sebab ada bazar macam pasar tani kat Times Square. lepas lunch sebenarnya badan aku mcm dah start sengal2 tapi mild je tak kuat pun . lepas pkl 3 badan aku macam dah sejuk2 aku ingatkan aircond office kuat sangat. makin lama makin tak tahan sejuk pastu rasa ada benda keluar tapi bila g toilet keputihan mcm biasa tu so tak de la syak ape pun masa tu. klau darah ke happy jugak heee. masa ni aku rasa nak balik terus dah tapi fikir punya fikir memang tak tahan dah terus call husband ambek aku kat office. dia pun dari office balik rumah dulu ambek kereta sebab dia g kerja naik motor. sampai office aku jam 5.30 ptg. jalan jem dalam kete aku hala aircond tmpt lain pastu tak tahan sangat aku tutup. dah la jem husband aku panas. husband ajak g PPUM terus tapi aku tak nak aku nak balik rumah nak tidur dulu esok baru g hospital sebelum nak g hospital esok aku dah plan nak makan roti jala 2 set dengan telur separuh masak . bahahahah ko tgk perangai orang klau kuat makan tu . dah tu masa tu aku teringin tau nk makan pastu tak dapat.

dari dalam perjalanan nak balik rumah sampai parking kete kat rumah sampai lah kerumah husband ajak g PPUM aku tetap dengan pendirian aku nak balik rehat esok nak breakfast roti jala kahkahkah . sampai rumah aku terus ambek selimut yang tebal selubung pastu mintak husband aku buatkn milo panas dengan roti . lapar. pastu tidur dlm 10 minit terjaga aku tgk husband aku duduk kt tepi tenung je aku yang kesejukan hee. masa terjaga tu aku ajak suami aku g hospital sebab aku tgk dia buat muka merayu rayu mintak aku g hospital. cecepat suami aku soh siap2 aku tak mandi pun aku lap2 je sebab sejuknya ya Allah.... pastu aku pesan kat husband jangan bagi tau sesiapa sebab malam tu birthday dak mia anak buah husband. pastu famili aku lak kat ukay perdana. aku tak nk sesiapa pun tau keadaan aku masa tu . aku tak nk orang gelabah atau risau...


Sampai hospital dalam 7.45 kot naik tingkat 3 terus daftar dorg suruh tukar baju . soalan bengong aku kat nurse "bra semua kene bukak ke" ahahaha mana nak tau kan firstime. pastu masa tukar baju tu lendir makin banyak keluar. aku lap keputihan tu ... tapi mmg bnyak sampai meleleh celah peha . pastu dia soh jalan g bilik lain aku pun jalan la selamba aku. nurse yg mcm senior tu tegur" uik laju nya jalan macam orang bukan ngndung awak ni lah" ouh laju ke aku takut dorg ckp aku lambat sebab tu jalan laju hadehhh.
 

ok lah sambug nanti part 2 sebab panjang . entri ni pun aku tulis masa dalam pantang sebenarnya kahkahkah adam dah nk setahun baru nak up kau hade ? hehehe

No comments:

Post a Comment